Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2018 @ 3:46am

Eira Syazira Merajuk Sampai Ke Jakarta?

“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa,” kata pelakon Eira Syazira yang bakal berhijrah ke Jakarta, bulan depan.

Pemergiannya ke Jakarta bukanlah disebabkan merajuk dengan industri hiburan tempatan ya! Tetapi rancangan ini telah dibuat tiga tahun lalu. Eira telah dilamar oleh syarikat pengurusan artis Indonesia, Positif Arts Entertainment.

Syarikat ini menguruskan artis popular di seberang seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.Kata Eira, memang ada ketika dirinya berdepan dengan perasaan takut ditipu dan dipermainkan.

“ Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu. Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.

Isteri kepada pelakon Azad Jasmin memberitahu, dia bakal menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman, PT Nagaswara Sakti selain diberi peluang membintangi drama atau sinetron, Ramadan ini.

Eira berkata, dia juga perlu menunaikan janji untuk menyelesaikan rakaman lagu kedua berjudul Say ciptaan dan lirik dihasilkan komposer Indonesia, Endrru.

“Saya pernah merakamkan lagu Masih Ada Jodoh dua tahun lalu, tetapi tidak sempat dipromosikan,” katanya.

Eira yang yang melonjak nama menerusi drama Bara dan Cinta Balqis itu berkata, keputusan besar yang diambil untuk berhijrah ke Jakarta adalah atas doa, restu dan semangat suami.

“Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.

“Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: ‘All Out’ Untuk Puas Sudah, Aina Abdul Harap Penonton Dapat Selami Isi Hati

Anggap kemenangan atau kekalahan sebagai rezeki, Aina Abdul hargai sokongan peminat

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 12 Lebih Berseri Dengan Kehadiran Aafiyah

Alhamdullillah, first time celebrating our 12th anniversary with little angel #sitiaafiyahkhalid,” tulis Siti ringkas, namun penuh makna.

Featured Thu, 11 Dec 2025

“Bukan Semua Duda Bak Malaikat & Janda Macam Sy*itan”- Fazley Yaakob

Fazley tampil mempersoalkan mengapa layanan masyarakat terhadap kedua-dua status itu sering dijadikan ‘bahan’.

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Mon, 11 May 2026

Intan Najuwa Akui Tak Sanggup ‘Giveaway’ Baju Anak, Mahu Simpan Sebagai Kenangan – “Nilai Sentimental Itu Terlalu Besar”

Intan berkata ada pakaian yang mengingatkannya pada momen awal kelahiran Lunara selain detik-detik yang tidak mungkin dapat diulang semula.

error: Content is protected !!