Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 13, 2023 @ 3:36pm

“Saya Tak Merajuk Tapi…” – Wan Maimunah Sebak Ditawar RM200 Untuk Berlakon Telefilem

Pelakon veteran, Wan Maimunah akui terasa hati apabila ditawarkan untuk membintangi sebuah telefilem namun hanya dibayar sebanyak RM200 sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, Wan Maimunah berkata isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sering menjadi luahan tetapi sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian.

“Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila difikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.

“Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Susulan itu, Wan Maimunah menyatakan bahawa dia lebih rela menerima tawaran berlakon daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayaran yang diberikan lebih baik berbanding syarikat produksi lama ekoran diskriminasi bayaran ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Oct 2023

Lepas Cop Scammer Israel, Neelofa ‘Warning’ Pemilik Akaun! – “Nantikan Tindakan Seterusnya”

Bak kata pepatah, sarang tebuan jangan dijolok! Sekarang terima padahnya👋👋👋

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Hiburan Fri, 22 Mar 2024

Sering Dilemparkan Kritikan Negatif, Zizie Izette Akui Tak Mudah Terkesan – “Saya Block Saja”

Baru tak serabut kepala, kita block je komen negatif tu kan 😌

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Kau Ingat Kau Famous Sangat Ke Kami Nak Tumpang Kau” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka

Pelakon Kamal Adli tampil membalas kenyataan jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataannya menerusi temu bual audio siar yang tular di platform TikTok

Trending Fri, 10 Apr 2020
Trending Sat, 21 Dec 2024
error: Content is protected !!