Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2023 @ 12:43pm

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu.

Namun, itu tidak bermakna dia tidak berusaha untuk mendapatkan lesen sebaliknya sedang menunggu tarikh untuk kelas latihan memandunya.

Menurut pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, setakat ini dia telah lulus ujian berkomputer beberapa minggu lalu dan hanya memerlukan masa untuk menyelesaikan lesen selepas hari raya nanti.

“Saya sudah maklumkan kepada pengurus saya untuk selesaikan lesen selepas hari raya nanti.

“Insya-Allah bulan depan saya akan selesaikan lesen memandu saya, setakat ni saya dah dapat lesen L,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anna Jobling yang diadakan di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur pada Sabtu.

Anna memaklumkan akan menyelesaikan lesen memandunya selepas Aidilfitri nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Dalam pada itu, pelakon utama drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus ini juga memaklumkan, komitmen kerja yang banyak menyebabkan dia sedar perlunya kenderaan sendiri untuk bergerak walaupun kereta tersebut sebenarnya dibeli untuk dihadiahkan kepada ibunya.

“Pada awalnya saya beli kereta tu untuk dihadiahkan kepada Mama tapi dia dah ada kereta sendiri jadi saya ambil keputusan untuk jadikan itu kereta pertama saya tapi masih dipandu oleh Mama.

“Sebenarnya saya memang tak tahu memandu, setakat nak jalan ke depan sikit tu bolehlah tapi untuk bawa di atas jalan raya memang saya tak boleh,” jelasnya.

Selain itu, aktres ini juga mengaku mempunyai perancangan untuk menambah asetnya dengan membeli kediaman sendiri pada hujung tahun ini.

“Insya-Allah, lepas beli kereta saya mungkin nak beli rumah mungkin pada hujung tahun ini,” ujarnya.

Terdahulu, Anna berkongsi berita gembira kepada semua pengikutnya apabila berjaya membeli kereta pada usia 23 tahun menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Jan 2020
Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Kerjaya Pelawak Kian Suram, Fad Bocey Akui Kecil Hati.. Tetap Usaha Cari Peluang Baharu

Fad Bocey reda menerima realiti perjalanan seni pelawak ketika ini dilihat semakin suram berbanding dahulu.

Selebriti Thu, 11 May 2023
Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

Trending Tue, 15 Jan 2019

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

error: Content is protected !!