Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 20, 2023 @ 11:50am

Esma Daniel Diserang Strok Selepas Aktiviti Larian, Ada Darah Beku Tersumbat Dalam Otak

Pelakon Esma Daniel berkongsi detik cemas apabila diserang strok selepas melakukan aktiviti larian pada 10 November lalu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Esma mendapati wajahnya herot, bahagian tangan dan kaki bahagian kiri lemah sehingga tidak mampu berdiri serta tekanan darah tinggi yang naik mendadak.

“Pada 10hb November 2023 yang lalu sebaik rutin larian selepas makan malam bersama isteri, secara tiba-tiba saya merasakan tangan kiri saya tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri saya mendapati muka saya agak herot ketika itu.

“Apabila saya cuba bangun, kaki kiri saya terlalu lemah hingga saya hampir tumbang dan disambut oleh isteri saya. Saya yang menghidapi hipertensi mendapati tekanan darah tinggi mendadak naik lalu cuba baring dengan kedudukan kaki dinaikkan. Cuba tenangkan diri dan perlahan-lahan tekanan darah turun sedikit,” katanya.

Menurut aktor berusia 54 tahun ini, dia tidak segera ke hospital biarpun dinasihatkan isterinya, Nur Atira Mazlan kerana menjangkakan keadaannya akan bertambah baik.

“Pada ketika itu isteri menyarankan untuk ke hospital tapi saya yakin keadaan akan bertambah baik dan berhasrat pergi ke klinik keesokkan harinya. Pada 11hb November 2023 jam 4 petang, saya telah ditahan di wad kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

“Doktor yang bertugas ketika itu agak menyesali tindakan saya yang lambat untuk ke hospital dan dia menerangkan jika saya datang awal pihak hospital akan melakukan menggunakan teknik trombektomi endovaskular iaitu teknik rawatan terkini digunakan untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di otak yang menyebabkan angin ahmar atau strok.

“Prosedur ini lazimnya dilakukan dalam lingkungan masa 24 jam selepas serangan strok. Namun begitu doktor berpendapat saya harus diberi peluang menerima rawatan itu memandangkan saya yang aktif bersukan memberi kemungkinan otak dan organ badan saya masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 24 jam serangan strok,” jelasnya.

Selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan), Esma melakukan rawatan untuk mengeluarkan darah beku yang tersumbat di bahagian otaknya dan prosedur tersebut berjalan dengan lancar.

“CT scan mendapati lebih kurang 3mm darah beku tersumbat di otak saya namun otak saya belum lagi rosak. Oleh itu rawatan tersebut diberikan dengan harapan dapat menyelamatkan otak dan organ saya dari rosak akikbat darah beku tersebut.

“Setelah mendapat persetujuan saya dan waris saya rawatan trombektomi dilakukan. CT scan dilakukan sekali lagi dan mendapati darah beku itu sudah tiada lagi di otak saya. Alhamdulilah.

“Saya ditempatkan di wad rawatan rapi (SCU) selama 4 hari. Bagi memastikan jantung saya tidak berkait dengan serangan strok, ECG dan Ultra sound telah dilakukan kepada saya. Alhamdulliah, jantung saya berada didalam keadaan baik dan tidak berkait dengan serangan strok yang saya alami,” ujarnya.

Selain berterima kasih kepada pihak hospital, dia turut berpesan kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan dan ambil ubat mengikut jadual.

“Apa yang boleh saya katakan pada mereka yang merokok atau vape tetapi aktif bersukan seperti saya sebelum ini, berhenti sajalah demi nyawa anda.

“Pemakanan serta diet yang sihat dalam mengimbangi kolestrol di dalam darah juga diutamakan dan jika ada mengalami hipertensi janganlah culas mengambil ubat,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

Featured Thu, 17 Mar 2022

Fasa Endemik, Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Dibenarkan Bermula 1 April

Alhamdulillah, semua jemaah digalakkan untuk membawa sejadah sendiri ya 🤩😍

Events Tue, 25 Sep 2018

[#WinWithxtra] List of Winners for Nights of Fright 6 Contest

Remember to read the terms and condition!

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Suami Lufya Buat Laporan Polis, Dakwa Imej Tercemar

Selepas memilih untuk tidak mengulas panjang apabila isterinya, pelakon, Lufya Omar kerap membuat kenyataan negatif tentang pergolakan rumahtangga mereka, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum akhirnya membuat laporan polis terhadap isterinya itu. Dr Che Muhammad […]

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Simbol Transformasi 2025, TV3 Tampil Dengan Seruan Azan Versi Baharu

Seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu.

Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Mon, 26 Aug 2019
error: Content is protected !!