Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 18, 2023 @ 12:21pm

Penyanyi Baru, Mierul Hazly Tampil ‘Dengan Bismillah’

Pemuzik jalanan dan TikTokers, Mierul Hazly merupakan pendatang baharu yang mempunyai pakej berlainan.

Anak kelahiran Putrajaya ini memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman Armani Entertainment Group (AEG) hadir dengan single pertamanya berjudul Dengan Bismillah hasil ciptaan dan tulisannya bersama komposer yang sedang meningkat naik, Mel Ramlan.

“Syukur Alhamdulillah kerana setelah sekian lama mencari peluang untuk menjadi seorang penyanyi, kini peluang itu terbuka luas dengan terhasilnya single ini.

“Ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk berkarya serta menyanyikan lagu ciptaan bersama komposer hebat seperti Mel Ramlan yang pernah membuat lagu untuk artis ternama seperti Aizat Amdan dan Fattah Amin.

“Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Datuk KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kongsinya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah rendah sekitar Sepang.

Sebelum ini, Mierul pernah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan nasyid kebangsaan semasa berusia 17 tahun.

“Bermula dengan membuat ‘cover’ lagu di platform social media seperti Instagram, TikTok, Youtube dan Twitter, saya juga aktif mencuba Nasib di dalam beberapa pertandingan nyanyian sekitar Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan,” jelasnya.

Dengan Bismillah adalah sebuah lagu cinta berirama ‘modern pop ballad’ yang menceritakan tentang doa dan harapan seseorang tentang jodoh dan masa depan mereka.

Doa dalam lagu yang merayu dan meminta kepada Tuhan supaya diberikan pasangan hidup yang baik.

“Proses rakaman ini memakan masa selama sejam, tetapi panduan lagu sudah diberikan sebulan awal oleh komposer kerana saya perlu mendalami rasa serta vokal yang dikehendaki agar meresap ke dalam jiwa apabila dinyanyikan.

“Saya juga menyumbang dalam bentuk lirik dan gubahan juga supaya ada sedikit suntikan jiwa saya dalam lagu ini.

“Saya berharap peminat dan pendengar dapat memberisambutan yang baik dan disukai oleh semua pendengar. Saya juga berharap mesej dan maksud lagu ni sampai dekat hati semua peminat muzik tanah air,” tambahnya lagi.

Lagu ‘Dengan Bismillah’ boleh dimuat turun di iTunes Store, boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTubeMusic, KKBox dan Deezer.

“Web Miniseries” khas serta video muzik rasmi single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jun 2025

Baru 4 Bulan Nikah, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim mengejutkan ramai pihak apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan dilaporkan memfailkan cerai

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Kenapa Agaknya Nadia Aqilah Terkejut?

Wow, Nadia Aqilah is back!

Trending Thu, 4 Oct 2018

Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta Kini Sedia Dijual, Ada Sesiapa Berani Beli?

Sepatu termahal dunia itu diperindahkan dengan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.

Featured Sat, 29 Apr 2023
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Terbaru

11 bulan menyimpan tentang perkahwinannya dan hari ini berkongsi berita dengan para media, siapakah suri didalam hatinya

Hiburan Mon, 17 Jul 2023

[VIDEO] Akim Ahmad Teringin Isteri C*um Masa Live, Reaksi Stacy Anam Buat Netizen Terhibur!

Straight forward terus 🤣 Cute betul lah Stacy & Akim sempoi je! 🥰

Trending Fri, 5 Jul 2019

Baby named “Google” received gift from Google

Yup, you’re reading it right! The baby’s name is Google and yes, Google’s sent the family a present!

error: Content is protected !!