Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 19, 2023 @ 2:08pm

Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU -“Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”

Penyanyi popular era 80-an , Rohana Jalil yang juga ibu kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Selasa.

Mengesahkan berita duka itu kepada BH Online, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman memaklumkan, keadaan penyanyi itu masih dalam pemantauan memandangkan dia sebelum ini tidak pernah mengalami penyakit yang serius.

Bahkan, insiden dia tidak boleh berdiri secara tiba-tiba ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu ternyata mengejutkan ramai pihak.

“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.

“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.

“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.

“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya.

Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital pada Selasa namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.

“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.

“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,”jelasnya.

Mengulas fizikal Rohana yang semakin kurus, Salwa berkata, dia tidak mengetahui jika Rohana mempunyai penyakit, memandangkan pelantun yang popular menerusi lagu Rayunku itu aktif dan sentiasa cergas.

“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan.

“Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.

“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus.

“Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,”ujarnya.

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Berhentilah Provoke! Dia Terlalu Muda Untuk Terima Kecaman” – Gagal Tahan Sebak, Datin Shahida Pertahan Adik Ipar

Shahida meluahkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa kedua-dua adik iparnya

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Trending Tue, 18 Jan 2022

Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

Pelakon Azhan Rani terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang berlaku tengah hari semalam. Berita itu disampaikan oleh sahabatnya, aktor Beto Kusyairy menerusi kemas kini di laman Twitter. “Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan […]

Filem Thu, 4 Jun 2026

Memang Kelakar! 5 Bomoh Angkat Isu Kepercayaan Tahyul Dalam Balutan Komedi

Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang memberikan warna tersendiri kepada filem 5 Bomoh menerusi pelbagai situasi lucu yang dijangka mencuit hati penonton.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Thu, 27 Mar 2025

Michael Ang Anggap Isu Plagiat Sekadar Marketing? – “These Days Bukan Boleh Percaya Benda Macam Ni”

Tidak mahu ketinggalan mengulas isu plagiat antara pengasas jenama pakaian baju Melayu popular, El Azman dan pereka fesyen, Emran Rijal, Pengarah terkenal Michael Ang tampil berkongsi pendapatnya.

Featured Mon, 30 Mar 2020
error: Content is protected !!