Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Trending By: Padin January 18, 2022 @ 2:22pm

Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

Pelakon Azhan Rani terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang berlaku tengah hari semalam.

Berita itu disampaikan oleh sahabatnya, aktor Beto Kusyairy menerusi kemas kini di laman Twitter.

“Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar. Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan text untuk sementara waktu ni,” tulisnya.

Tambah Beto, Azhan menghargai segala keprihatinan yang diberikan serta turut memohon doa orang ramai agar sahabatnya segera pulih.

“Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

“Sama-sama kita doakan beliau agar segera sembuh & pulih seperti sediakala.. Amin Ya Rabb,” tulisnya lagi.

Rata-rata peminat turut bersimpati dengan insiden yang dialami Azhan.

Warganet juga turut mendoakan agar Azhan segera sembuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Featured Mon, 22 Dec 2025

“Tak Payah Jaja Cerita Kenapa Nak Cerai, Nanti Anak Malu Satu Malaysia Tahu Cerita Celah Kain Mak Bapa” – Nadia Annuar 

Nadia menasihatkan agar pasangan yang terpalit dengan ujian rumah tangga tidak terlalu mendedahkan punca perceraian mereka kepada khalayak.

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Featured Thu, 19 Oct 2023
error: Content is protected !!