Trending By: SGMS Enal December 12, 2017 @ 3:12pm

Warga Emas Dakwa Dihalau 7 Anak Bagaikan Anjing Kurap

Dulunya hidup mewah, kini hidupnya bagaikan orang melarat. Bukan kerana kerugian harta benda, tetapi dibuang oleh anak-anak yang lupakan tanggungjawab.

Itulah yang terpaksa ditempuhi oleh warga emas berusia 83 tahun, apabila anak kandungnya yang dibela dan diberi makan hingga besar dengan penuh kasih sayang dan ditatang bagaikan minyak yang penuh hari ini tergamak memperlakukannya seperti orang asing.

Setelah dirinya menyerahkan semua perniagaan dan harta bernilai RM 4 juta kepada anak-anaknya, balasan yang ia dapat sungguh memilukan. Dihalau bagaikan anjing kurap oleh darah dagingnya sendiri.

Ini bukan cerita dongeng, ini kisah realiti Hikayat 7 Tanggang yang benar-benar terjadi dan diceritakan oleh bapa mereka sendiri yang kini hanya mampu menagih simpati demi kelangsungan hidup di penghujung usia.

Dia yang dulu merupakan ahli perniagaan dan pemilik kepada 3 buah stesen minyak, punya ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang sawit. Bila tiba masanya, dia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anaknya berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakan sejak tahun 70-an lagi.

Bertambah malang nasibnya apabila dia ditimpa penyakit angin ahmar pada tahun 2013. Sebagai seorang ayah yang sudahpun berusia, sudah tentulah dia mengharapkan ehsan anak-anaknya untuk menjaganya. Namun lain pula yang jadi, dia dipinggirkan bahkan terpaksa merawat sendiri penyakit yang dialami dengan sisa-sisa kudrat yang ada setelah menyerahkan semua asetnya kepada anak-anaknya.

Kongsi si ayah ini lagi, hasil perkongsian hidupnya bersama isteri pertama, dia dikurniakan 7 cahaya mata masing-masing 4 lelaki dan tiga perempuan. Ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir secara waras, salah seorang dari anaknya memperdayanya untuk menyerahkan segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Tidak cukup dengan itu, sebuah rumah yang bernilai RM 600,000 ribu di Cheras, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM 800,000 dan wang bernilai RM 100,000 dalam akaun simpanan semasa syarikat turut beralih tangan kepada anak-anaknya.

Hasilnya, dia kini hanya mampu hidup menumpang kasih dan berteduh di rumah isteri keduanya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah di Melaka. Hidupnya nyata ada sedikit sinar apabila 7 anak tiri dari isteri keduanya itu sanggup menjaga dirinya yang uzur seperti bapa kandung mereka sendiri.

Warga emas ini juga turut berkongsi sebuah kisah yang amat meruntun jiwa yang tidak mungkin akan dilupakannya. Empat tahun lalu, ketika itu dia memandu seorang diri sebelum mendapati bahawa keretanya hampir kehabisan minyak. Dia kemudian membuat keputusan untunk singgah di stesen minyak yang dibinanya dengan harapan untuk mendapatkan minyak percuma, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Setelah dua jam menunggu, dia bukan sahaja diherdik oleh anak perempuan kesayangannya yang kini menjadi pemilik stesen minyak tersebut, malah turut dihalau supaya segera meninggalkan kawasan tersebut.

“Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.

“Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.

“Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” katanya.

Menyedari dirinya diperdaya, warga emas ini pernah mendapatkan bantuan dan berjaya membawa isu ini ke mahkamah pada tahun 2014 sebelum mahkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya kembali.

Namun, anak-anaknya yang zalim kembali merampas semula ladang tersebut yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan harian warga emas itu pada September lalu.

Kini yang tinggal pada dirinya, cuma harapan agar anak-anaknya berubah dan sedikit keadilan agar hidup dipenghujung usia ini terbela.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 4 Jan 2020

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang […]

Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Featured Tue, 21 Mar 2023

Abang Stacy Meninggal Dunia

Salam belasungkawa buat Stacy sekeluarga😐

Trending Thu, 22 Apr 2021

Lebih Banyak Beli, Lebih Jimat Belanja… Sempena Syawal, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta!

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan itu menandakan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Biarpun kita masih terkesan dengan wabak Covid-19, […]

Trending Fri, 19 Feb 2021

Selepas Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Jamal Abdillah Pula

Tak sabar pula min nak dengar lagu ni mesti best!

Featured Fri, 19 Feb 2021

Sesi Persekolahan Bermula 1 Mac Ini

Baca artikel lebih lanjut untuk semua sesi sekolah rendah & menengah