Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 17, 2025 @ 6:23pm

Masalah Pita Suara Masih Dalam Fasa Pemulihan, Ernie Zakri Syukur Genggam Trofi AJL39 – “Permulaan 2025 Yang Indah”

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri tidak menjangkakan kejayaannya dalam mengenggam trofi vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.

Meskipun suaranya masih belum pulih selepas dijangkiri laryngitis, pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, ini bagaimanapun menzahirkan rasa syukur serta memandang kemenangan tersebut pembuka tirai 2025 yang terindah.

“Saya tak jangka akan menang Vokal Terbaik. Masih speechless… Alhamdulillah rezeki dan rahsia Allah. Ini adalah permulaan 2025 yang sangat indah. Usaha beberapa bulan ini membuahkan hasil, jadi saya sangat gembira.

“Sebenarnya suara ini belum 100 peratus pulih, doktor menyarankan saya berehat selama sebulan lebih tetapi komitmen terhadap AJL. Alhamdulillah, rezeki Allah.

“Lagu aura ini sangat berhak untuk diberikan perhatian dan peluang untuk didengari, itu termampu yang saya buat. Saya letakkan arrangement itu sesuai dengan mesej yang saya nak sampaikan, women empowerment,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat dakwaan di media sosial yang mengatakan persembahan Ernie malam itu seakan-akan terinspirasi oleh gaya penyanyi antarabangsa, Ariana Grande. Ernie dengan tenang menafikan dakwaan tersebut, menyatakan bahawa ia hanyalah kebetulan.

“Tidak, itu hanya kebetulan sahaja,” jelasnya.

Pada malam kemuncak AJL39, Ernie sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, menjadikan kemenangan dalam kategori tersebut sebanyak tiga kali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Oct 2019

Wanita Terkejut Lukisan ‘Biasa’ Tersorok Di Dapur Milik Pelukis Agung Itali

Jom kita tengok tengok lukisan yang ada di rumah mana tahu ada ‘tuah’

Featured Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Awie Keluar Hospital, Bakal Cuba Kaedah Alternatif Pula

Ini semua mungkin Allah nak uji dan saya reda…

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

《李宗伟》创大马电影中国上映记录 8000家戏院上映

电影《李宗伟:败者为王》确定9月7日登中国,在当地8000家戏院上映,创大马电影中国上映纪录!

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Contest Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Tajul berkahwin dengan Shamieza pada 10 Disember 2017.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Erwin berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

error: Content is protected !!