Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 11, 2024 @ 11:00am

Engku Emran ‘Tegur’ Syed Saddiq, Minta Kemuka Data Strava Larian 200KM

Susulan dakwaan menipu dalam acara Triathlon Desaru 2024 baru-baru ini, nama Syed Saddiq sekali lagi menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Walaupun selesai membuat permohonan maaf menerusi hantaran di Instagram, tindakan Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Ini termasuklah, bekas suami kepada usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor iaitu, Engku Emran.

Menurut Emran, Syed Saddiq perlu berkongsi data Strava larian 200 kilometer (KM) yang dilaksanakan pada acara berkenaan.

“Hello Budak Boy D Intake 2008. Okay, permohonan maaf diterima. Tapi anda kena berkongsi data strava larian 200km juga.

“Saya percaya perkara itu lebih utama kerana ia melibatkan kredibiliti, because people actually donate money,” katanya.

Dalam pada itu, Emran menerusi hantaran di Instagram miliknya berkata, dia sedar bahawa ada beberapa peserta amatur yang melakukan hal sama (menipu) dalam perlumbaan maraton.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mengambil peduli hal berkenaan kerana mereka juga membayar yuran penyertaan.

Tidak habis disitu, Emran memaklumkan, PKomuniti Strava sentiasa akan memburu mana-mana pihak yang cuba memanipulasi keputusan larian.

“Kominiti strava akan buru anda ke dalam lubang arnab jika anda berbuat demikian. Memandangkan ia tidak sama seperti berada didalam parlimen.

“Masyarakat adalah tentang mempunyai prinsip moral yang kukuh,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Mar 2022
Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Events Mon, 10 Dec 2018
Contest Mon, 17 Dec 2018

#xtraGiveaway: Spend this New Year’s Eve Partying in Zouk Genting

You’ll be winning free entrance to the hottest party of 2018 AND 2019!

Events Sat, 12 Nov 2022

“Sebelum Ini Saya Datang Sebagai Penyanyi, Kali Ini..” – Ernie Zakri Galas Tanggungjawab Berbeza Di SFMM37

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berjaya melayakkan diri ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) dengan mempertaruhkan Korban. Menurut Ernie, SFMM37 membawa satu kelainan kerana buat pertama kali, dia menggalas tiga tanggungjawab yang berbeza. Ernie […]

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] PU Riz ‘Buka Mata’ Neelofa Erti Kesyukuran & Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan 

Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur – Neelofa

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

#MM33: ‘Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Nak’ -Shiha Zikir

Good Luck Shiha untuk ‘Jagakan Dia’ malam ni!

Featured Sun, 26 Apr 2020

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Langkah Kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari berkesan

error: Content is protected !!