Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 13, 2019 @ 10:39am

Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya

Seorang lelaki warga emas maut akibat jangkitan bakteria yang dipercayai berpunca daripada luka akibat tercucuk udang yang dibelinya tiga hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Wang, 60 telah mengalami demam, bengkak kaki dan lebam berwarna ungu kehitaman sebelum dibawa ke hospital setelah tidak sedarkan diri.

Berikutan keadaannya yang tidak stabil serta mengalami kegagalan organ, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberi tiga jenis antibiotik untuk melawan jangkitan bakteria berkenaan namun gagal.

Bakteria karnivor

Hasil pemeriksaan mendapati Wang telah dijangkiti Vibrio Vulnificus, sejenis bakteria karnivor yang mudah tersebar melalui produk laut seperti udang, ketam dan kerang.

Pesakit yang dijangkiti bakteria ini akan mengalami beberapa simptom antaranya demam secara tiba-tiba, cirit birit, rasa sejuk dan kulit melepuh. Kadar kematian disebabkan jangkitan ini boleh melebihi 50 peratus.

Akibat infeksi tersebut, Wang mengalami kesan melepuh pada kaki kanan serta kulit menjadi hitam disebabkan tisu kakinya yang mati atau dikenali sebagai necrotizing fasciitis.

Keadaan kaki apabila tisu dimakan bakteria / ‘necrotizing fasciitis’. (Kredit: Wikipedia)

Menurut Prof Huang Man, mangsa turut mengalami hypersplenism sebelum itu yang menyebabkan sel darah putih dan platelet lebih rendah berbanding individu normal yang lain serta membuatkan mangsa tidak mampu melawan serangan berkenaan.

Beliau menasihatkan agar orang ramai terus membersihkan luka jika terkena produk laut kerana produk tersebut mudah menyebarkan kuman terutamanya melalui luka.

Selain itu, beliau turut mengingatkan individu yang mengalami simptom demam dan kemerah-merahan setelah terluka ketika mengendalikan produk makanan laut agar terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Jangkitan bakteria karnivor seperti Vibrio Vulnificus ini menyebabkan berlakunya necrotizing fasciitis, suatu penyakit di mana tisu mangsa mereput akibat toksin yang dirembeskan bakteria. Akibatnya, tisu terlibat akan melepuh, luka dan berbau.

Disebabkan bakteria ini boleh ‘memakan’ tisu dan organ dalam masa yang singkat, ia mampu menyebabkan kegagalan pelbagai organ yang bukan sahaja mengakibatkan sebahagian anggota pesakit dipotong, bahkan boleh membunuh satu daripada tiga mangsa jangkitan.

Bahkan, penyakit ini diklasifikasikan sebagai antara 10 penyakit paling teruk disebabkan kadar sembuh yang amat rendah serta kadar kematian yang tinggi dalam tempoh 24 jam jangkitan, termasuk di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

Sumber: QQ

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 May 2026

Menari Lepas Terima 2 Saman Dalam Sehari.. Netizen Kecam, Dakwa Kasih Iris Leona Entitled Rich Kids?

Rama mendakwa tindakan Leona seolah-olah tidak bertanggungjawab dan bangga melanggar peraturan jalan raya.

Featured Sun, 1 Oct 2023
Trending Wed, 1 Aug 2018
Trending Mon, 8 Jul 2019

Myokymia Boleh Ganggu Tumbesaran

Menggeletar sebelum dia disahkan positif mengalami penyakit Myokymia

Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Featured Thu, 15 Jan 2026

“Sampai Bila Nak Anggap Saya Budak?” – Mia Sara Nasuha Luah Penat Dilabel Pelakon Cilik

Pelakon Mia Sara Nasuha gagal menahan sebak sebaik sahaja meluahkan rasa kecewanya apabila masih ada segelintir pihak yang melihatnya sebagai pelakon kanak-kanak, meskipun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

Featured Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!