Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 19, 2023 @ 3:25pm

Raih Keuntungan RM10,000 Sehari? Peniaga Cendol ‘Ketar Lutut’ Diserbu Pelanggan Gara-Gara ‘Review’ Khairul Aming

Tidak sampai 24 jam usai pempengaruh media sosial, Khairul Aming membuat video ulasan makanan di sebuah warung cendol, pemilik kedai tersebut, Ahmad Nizam Noh terkejut gara-gara diserbu ribuan pelanggan.

Dia berkata, sepanjang 10 tahun berniaga, gerainya belum lagi menerima kunjungan pelanggan dengan jumlah yang luar biasa.

“Menggigil lutut saya tengok pelanggan beratur panjang di depan warung saya kerana tak pernah lihat keadaan itu sebelum ini,” luahnya.

Ekoran ulasan yang dikongsikan oleh pemenang kategori Pencipta Kandungan di Anugerah TikTok Malaysia 2023 itu mendapat perhatian warganet, dia terpaksa menambah bilangan pekerja serta menggandakan bahan mentah bagi menampung permintaan pelanggan.

“Sebelum ini tak ramai (pelanggan) dan hanya ada lima orang saja yang bekerja di warung iaitu saya dan isteri kedua sebagai tukang masak, isteri pertama di kaunter dan dua lagi pekerja.

“Tapi sejak warung saya tular, saya boleh dapat kira-kira 5,000 pelanggan sehari hingga terpaksa tambah empat lagi pekerja cuma saya kekal sebagai tukang masak untuk kekalkan rasa masakan.

“Jika dulu saya pesan 50 paket pes mi bandung saja dari Muar tapi kini bertambah kepada 400 hingga 500 paket bagi menampung permintaan pelanggan,” jelasnya.

Menurut laporan Harian Metro, hasil keuntungannya meningkat daripada RM800 kepada kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 sehari.

Bersyukur dengan rezeki yang melimpah-ruah itu, Ahmad bagaimanapun berterima kasih kepada Khairul Aming atas ulasan yang jujur dan ikhlas itu sehingga ia tular di media sosial.

“Walaupun dia (Khairul Aming) pempengaruh dan usahawan berjaya tapi sangat merendah diri malah buat ulasan pun tak minta bayaran.

“Saya berbesar hati kerana dia pun idola saya sebenarnya malah ada hantar kiriman WhatsApp kepadanya untuk ucap terima kasih dan hanya Allah mampu membalas kebaikannya,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 10 Aug 2019

Westlife’s The Twenty Tour In KL Brings Back The Band’s Glory Day, We Absolutely Cried..

Westlife The Twenty tour back in Malaysia and bring us down the childhood memory lane..

Featured Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Sat, 17 Dec 2022
Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Ucapan Elfira Loy Buat Suami, Sweet Teruk!

Awww.. sweet kan El dan suami

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
error: Content is protected !!