Hiburan By: SGMS Faida May 27, 2018 @ 3:26pm

Status Saya Single & Available – Puteri Aishah

Pelakon Puteri Aishah yang dikatakan bercinta dengan tokoh korporat terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menafikan hubungan yang dikatakan bercinta, sebelum ini.

Nampaknya, ini bukan kali pertama Puteri menafikan hubungan mereka. Semuanya berpunca foto dimuat naik Faisal di akaun media sosial yang memaparkan dirinya dan Puteri Aishah.

Mengulangi apa yang pernah dikatakan sebelum ini, pelakon drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku itu menegaskan dirinya dan Faisal hanyalah kawan biasa, tanpa ada soal hati dan perasaan.

Malah, dia tidak kisah jika ada mana-mana wanita berhasrat mendekati lelaki tampan berstatus duda itu.

“Seperti pernah saya nyatakan sebelum ini, hubungan kami hanyalah kawan. Status saya sekarang adalah ‘single and available’. Saya tahu sebelum ini ramai yang menyangka wujud hubungan istimewa antara saya dan dirinya, sehingga ada yang takut untuk mendekati kami.

“Selepas ini, kalau ada mana-mana wanita yang ingin mendekatinya, silakan… Saya tidak kisah. Kalau ada lelaki yang nak cuba ‘mengurat’ saya pun, saya ‘okay’ saja,” katanya kepada BH Online.

Puteri akui pengakuan beliau ini adalah ikhlas dan tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Selalunya, kalau betullah seseorang itu sedang bercinta, mungkin dia akan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum. Tetapi, dalam hal ini kami bersikap terbuka. Foto yang dimuat naik itu secara tidak langsung membuktikan tiada apa yang perlu kami sorokkan.

“Saya juga tidak pernah menjadikan dirinya sebagai keutamaan kerana saya layan semua kawan saya sama rata. Jujurnya, dia memang suka menyakat saya, lebih-lebih lagi jika saya terpaksa menjawab pertanyaan media apabila keluar gosip gosip membabitkan kami berdua,” cerita anak jati Kuala Lumpur ini.

Sebagai orang baharu dalam industri seni, gadis berusia 24 tahun ini berkata, masih terlalu awal untuknya memberikan komitmen dalam hubungan kerana fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya yang baru hendak bernafas.

“Saya percaya, jodoh dan pertemuan terletak di tangan Tuhan. Kalau sudah jodoh, ia memang tidak ke mana. Cuma buat masa sekarang, saya lebih selesa berkawan dengan semua orang,” tegasnya.

Barangkali bagi sesetengah penggiat seni, Ramadan menjadi bulan untuk mereka berehat selepas 11 bulan bekerja. Namun, pelakon bermata bundar ini bagai terkecuali daripada kebiasaan berkenaan.

Sepanjang bulan ini, Puteri Aishah sebaliknya terikat dengan komitmen kerja apabila terbabit dengan penggambaran drama bersiri.
Menariknya, dia terbabit dalam dua drama rantaian yang memerlukannya membawakan watak sebagai gadis bertubuh gempal.

“Untuk drama pertama yang berjudul Terima Diriku Seadanya, saya membawa watak wanita gemuk. Bagi menjayakan watak ini, saya diperlukan memakai kostum khas dan solekan untuk menampakkan dagu berlapis. Ia memang mencabar kerana masa yang lama perlu diambil untuk tujuan solekan.

“Selain itu, watak ini juga membuatkan saya rasa gementar kerana perlu menyelami perasaan dan gaya seorang berbadan gempal. Saya kena tahu bagaimana mereka bercakap dan bernafas.

“Saya ada juga buat rujukan dengan melihat gaya model bertubuh gempal terkenal, Ashley Graham. Iyalah, bimbang jika juga jika saya salah interpretasi dan menimbulkan kemarahan golongan berkenaan,” katanya lagi.

Walaupun terpaksa bekerja sepanjang Ramadan, namun bagi Puteri Aishah, ia bagaikan alah bisa tegal biasa.

“Tahun ini bukanlah kali pertama saya bekerja dalam bulan Ramadan. Tahun lalu saya terbabit dalam pembikinan drama bersiri untuk slot Akasia. Jadi saya tiada masalah untuk bekerja pada bulan puasa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Sunny Explains Full Proof Way to Date as an Idol But in It’s Reality So Sad…

It sounds smart but if you think about it, it’s sad that they have to go through such lengths.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Here’s Pretty Much Every Scandal the BIG BANG Members Have Gotten Into

BIG BANG is probably the most problematic boy band.

Hiburan Sat, 26 Aug 2023
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Fendy Bakry Ambil Keputusan Balik Kampung!

Keadaan itu berlarutan hingga sekarang. Dia sedang dirawat di kampung dan kita berharap semua pihak mendoakan kesihatannya…

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Kahwin Tahun Depan, Mira Filzah Akui Selesa Bersama

Apakah sebenarnya status perhubungan Mira Filzah dan Zizan Razak?

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]