Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 6, 2023 @ 2:30pm

[VIDEO] Dikritik Jadi ‘Showgirl’ Di Kelab Malam, Sajat Jawab Dakwaan Kerja Haram – “Di Negara Orang, Kena Buat Kawan…”

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamauruzaman mencuri perhatian ramai selepas berkongsi dua video di Instagram miliknya yang telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Video tersebut memaparkan Sajat berpakaian seksi serta menari menjadi ‘Show girl’ di depan khalayak ramai di sebuah kelab malam Sydney, Australia.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat individu meninggalkan komen mempersoalkan tindakannya memilih kerja untuk menjadi show girl.

“Kenapa buat kerja ni semula. Ingatkan chuols dah kaya raya tak buat dah kerja show macam ni,” soal netizen.

Sajat kemudian membalas komen tersebut yang berkata sekiranya dia berada dalam keadaan susah, tiada orang yang akan membantunya.

“Nampak kerja haram ke? Ini adalah hobi… Orang invite kita perform, kena buat kawan. Cari jawab baru.

“Awak nak kata saya apa-apa pun cakap lah. Saya susah bukan awak yang tolong. Orang Aussie (Australian) yang tolong.

“Jangan judge orang nak buat kerja apa. Asalkan saya tak menyusahkan orang lain,” jawabnya.

Menerusi komen lain, ada individu yang meluahkan rasa sayu melihat kehidupan Sajat di luar negara.

“Kesian Sajat.. balik kehidupannya menjadi showgirl di Australia. Bisnes dah tak menjadi kot,” kata netizen.

Bidas Sajat, dia tidak perlu orang lain untuk simpati terhadap dirinya, perkara utama yang dicari hanyalah kebebasan.

“Saya buat bisnes ke, menari ke, nak kerja kilang, bukan masalah awak. Cukup-cukuplah nak meyibuk dengan kehidupan orang lain.

“Saya pentingkan kebebasan di sini. Cantik dan masih kuat kerja nak bekerja. Tak payah kesian kat saya. Kesian kat awak yang rupa tak semegah,” balasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Belajar Giling Cili Demi ‘This Is Pilah’

This Is Pilah yang diterbitkan Madness Films juga dibintangi oleh Juzzthin, Iesna Mohd Raus, Kazar, Joey Daud beserta penampilan khas Waris, Ito Blues Gang, Ustaz Syamsul Debat dan bekas ahli parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malek.

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Featured Tue, 30 Jul 2024
Acara Wed, 24 Jul 2019

Krim aqua rich selamatkan kulit daripada ‘terbakar’

Wajib pakai krim pelindung walaupun di dalam bangunan

Featured Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Wed, 2 May 2018

Fikir Sebelum Cakap – Nita Hamzah

Kecaman mula timbul apabila netizen menganggap gaun pengantin Nita dilihat terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

‘ Saya Belum Sampai Tahap Jadi Ustaz’- Syafiq Kyle Harap Penonton Faham

Jangan fikir saya seperti Ustaz Adam yang imannya betul-betul kukuh…

error: Content is protected !!