Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 7, 2023 @ 11:30am

Noh Salleh Sah Bertunang Dengan Peguam, Bakal Bernikah Pada 23 September Ini

Berita tergempar berhubung vokalis Hujan, Noh Salleh yang dimaklumkan telah bertunang bersama seorang wanita pilihan hatinya, pada petang semalam.

Memetik laporan KOSMO! ONLINE, majlis tertutup tersebut berlangsung di kediaman keluarga wanita terletak di Putra Heights, Subang Jaya.

Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isterinya itu, Noh dan tunangnya akan melangsungkan majlis pernikahan pada 23 September ini.

Dedah sumber itu juga berkata, Noh membawa rombongan ahli keluarganya dari Kucing Sarawak bersama dulang hantaran.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang semalam majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih
berada di sana,” katanya.

Tunang Noh dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Menurut sumber, Fatin, 30, dikhabarkan mempunyai minat sama bersama Noh terhadap muzik, serta berkeboleyan bermaik gitar dan menyanyi.

Semasa majlis pertunangan diadakan, Fatin memakai pakaian berwarna Hitam, manakala Noh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Mizz Nina,40, pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk menjaga seorang anak angkat, Musa diambil pada April tahun lalu.

Bagaimanapun, Noh dan Mizz mencapat kata sepakat berpisah pada Ogos 2022.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Kredit foto: Kosmo, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya!

Trending Mon, 3 Feb 2020
Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

Hiburan Thu, 15 Dec 2022

“Kenapa Ronaldo Tak Masuk Morocco Je?” – Soalan Neelofa Terhadap PU Riz Buat Netizen Terhibur

Bagi peminat Piala Dunia, sudah pasti akan tahu mengenai pasukan Maghribi atau Morocco yang telah berjaya menewaskan pasukan Portugal di stadium Al-Thumama dan layak ke separuh akhir, baru-baru ini. Rata-rata peminat Portugal kecewa dengan kekalahan […]

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Liyana Jasmay ‘Tunjuk Taring’

LJ bakal tampil dengan filem terbaru beliau. Nak tahu apa ? Jom klik artikel ini

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

来马宣传是「优差」四人心水视帝视后人选是他们!

香港TVB演员袁伟豪、王君馨、陈山聪和黄智雯配合《首要媒体集团2018年节目巡礼》日前来马宣传,常来大马的他们直呼是份优差!谈及即将来临的《万千星辉颁奖典礼》,四人大谈心目中“心水”视帝视后人选。

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Alhamdullillah! Berkat doa insyaAllah Baby D akan semakin sihat

error: Content is protected !!