Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2023 @ 5:42pm

Isu Ular Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Pertahankan Diri… Kongsi Video Penjelasan Dari Pemilik Ular Sawa – “Kenapa Tuduh Saya Yang…”

Pelakon jejaka hero Malaya, Aaron Aziz dikritik segelintir netizen selepas tular sebuah videonya meletakkan seekor haiwan reptile ular sawa di atas sangkar kucing.

Video tersebut menerima respons negatif sesetengah pihak serta pihak Persatuan Haiwan Malaysia atas tindakan Aaron itu.

Terkini, menerusi sebuah hantaran di Instagram, pelakon filem popular KL Gangster itu memuat naik video penjelasan pemilik ular sawa tersebut yang menyatakan haiwan peliharaannya itu tidak makan kucing.

“Saya pemilik ular yang tular dengan abang Aaron itu. Saya minta maaf kepada semua. Ular saya tidak makan kucing langsung dan sangat biasa dengan kucing.

“Abang Aaron banyak tanya sama ada ular ini makan kucing ke tak, ataupun membahayakan kepada orang atau haiwan lain tidak,” katanya menegaskan ular tersebut jinak sekaligus mempertahankan aktor tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Sebelum ini, Aaron turut memuat naik beberapa kenyataan di Instagram menegaskan pendiriannya bahawa dia acap kali bertanya kepada pemilik ular tersebut tentang keselamatan kucing-kucing yang berada dalam sangkar.

“Kenapa tuduh saya yang letak ular kat situ eh? Pemilik ular itu yang diarahkan untuk letak, bukan saya. Saya hanya berdiri kat situ dan berdialog. Pemilik kucing-kucing itu semua pun tak cakap apa-apa. Kenapa saya yang dimaki, dicaci?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Video pasal ular tu saya nak tujukan mesej ini kepada page animal malaysia. Ye memang saya buat live, mungkin juga sebab teruja pertama kali berlakon dengan ular.

“Saya banyak kali bertanya kepada pemilik ular yang berlesen tentang keadaan kucing sama ada ia akan takut atau tidak. Mata saya juga sentiasa melihat kucing, sebelum buat babak itu direktor pun dah test untuk tengok sama ada keadaan kucing tu dalam keadaan tertekan ke tak.

“Ada 11 orang yang menjaga kebajikan kucing dan ular itu. Saya pencinta kucing dan ada 9 ekor di rumah. Saya juga tak sanggup untuk menganiaya kucing, mak kucing pun tak ada buat bunyi marah. Semuanya dalam keadaan aman.

“Animal Malaysia tak dapat tangkap atau tak nampak semasa saya tanya kepada pemilik ular tentang keadaan kucing-kucing tersebut. Saya hanya menjalankan tugas oleh pengarah dan penerbit dimana cerita tersebut mengenai mereka yang menzalimi kucing,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

ARTIKEL BERKAITAN: Persatuan Haiwan Malaysia Tegur Aaron Aziz Isu Letak Ular Atas Sangkar Kucing

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Jan 2018

谭咏麟大赞何沛璇「有孙燕姿的影子」

完成了学业正式回归乐坛的何沛璇,日前带着全新EP举办《亲爱的女孩》听歌会;对这位才女,香港歌坛大哥谭咏麟大赞何沛璇声线像孙燕姿,让她直呼“这是很大的夸奖!”

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Netizen Tanya Pendapat Ibu Tunggal Bagaimana Nak Survive Jika Bekas Suami Tak Beri Nafkah, Fatin Afeefa Respons: “Tidur 3-4 Jam Sehari, Catu Makanan Kongsi Bertiga”

Fatin berkata dia juga terpaksa berkorban waktu tidur yang tidak mencukupi, selain mencatu makanan bersama tiga beranak.

Trending Mon, 5 Nov 2018

Gadis Ini Tular Gara- Gara Wajah Seiras Siti Nurhaliza, Mira Filzah

Sekali pandang macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, dua kali pandang macam Mira Filzah pula. Ish ish… cantik betul awak ni!

Trending Thu, 15 Aug 2019
Featured Tue, 12 Apr 2022
Hiburan Tue, 20 Jan 2026

“Orang Kata Saya Overthinking” – Scha Alyahya Tegas Jaga Pergaulan Anak

Scha Alyahya risau, kini lebih berhati-hati dengan pergaulan anak-anak

Featured Wed, 16 Jun 2021

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai. Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari […]

Hiburan Tue, 27 Aug 2024
error: Content is protected !!