Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 12, 2023 @ 7:50pm

Syafiq Kyle Tolak Tajaan Kahwin Bersebab -“Bukan Tak Sudi Tapi Saya lebih Selektif”

Pelakon popular, Syafiq Kyle mengaku menerima tajaan perkahwinan yang banyak menjelang hari perkahwinannya.

Namun, dia mengambil pendekataan untuk lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan sekaligus menolak dakwaan kononnya dia tidak sudi dengan tajaan tersebut.

“Ada yang saya perlu tolak tajaan mereka dengan alasan yang tertentu, bukan tidak sudi, tetapi macam saya katakan disebabkan hal tertentu.

“Memang ada beberapa pihak ingin memberikan tajaan dalam majlis perkahwinan, tetapi saya perlu selektif atas beberapa sebab,” katanya.

Syafiq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Seindah Kasih yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan persiapan perkahwinannya bersama pelakon Mimi Lana juga kini 100 peratus telah selesai memandangkan dia hanya mempunyai cuti selama satu minggu sahaja selepas majlis berlangsung dek kerana tuntutan kerja.

“Setakat ini memang tiada banyak perkara yang dikongsikan tentang majlis kerana saya lebih fokus kehidupan selepas berkahwin.

“Untuk majlis nanti pun semuanya memang 100 peratus sudah disempurnakan supaya nanti tiada perkara tertinggal lagipun saya perlu selesaikan segera semua perkara kerana sepanjang bulan hadapan saya terlibat dalam sebuah penggambaran yang memerlukan tumpuan penuh,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

 

Terdahulu, pada 21 Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman aktres itu.

Dan, pasangan ini dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Cukuplah 7 Tahun, Ego PADI Kini Berakhir…

Akui mereka lagi, kemunculan semula Padi Reborn kini lebih matang dan mereka lebih mengenali antara satu sama lain…Terbaiklah Padi Reborn!

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Featured Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Intan Liana terkilan dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia menagih publisiti murahan dan gila glamour.

Featured Fri, 3 Mar 2023

Puteri Sarah Tiada Niat Jadi ‘Batu Api’ – “Saya Cuma Beritahu Cara Hadap Orang Ketiga”

Laaaa, ada pulak yang marah, yang jadi cacing kepanasan❤️‍🔥

error: Content is protected !!