Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 11, 2023 @ 5:08pm

“Kami Banyak Muhasabah Diri” – Selepas Rujuk, Beego & Linda Akui Tak Akan Sia-Siakan Peluang Kedua

Pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego berkongsi bahawa penceraian yang berlaku sebelum ini membuatkan mereka bermuhasabah diri.

Memetik laporan mStar, Linda menyatakan hubungannya kini dengan suami kembali seperti zaman mereka bercinta sekitar 10 tahun lalu malah mereka berbincang secara profesional.

“Selepas kejadian kami banyak muhasabah diri, duduk berbincang selain mengenali hati budi masing-masing… ibarat bercinta semula.

“Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini,” jelasnya.

Sebelum ini, Beego mengaku telah melafazkan talak satu terhadap Linda pada 27 Mac lalu namun telah rujuk semula pada 9 April lalu.

Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah menjelaskan bahawa dia melafazkan talak terhadap isterinya ketika hadir proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk selesaikan konflik rumah tangga mereka.

Namun begitu, dia beranggapan isterinya memfailkan penceraian dan mengikut permintaan sebelum menceraikan tanpa berfikir.

“Secara teknikal ia kesilapan kami berdua dan ia berlaku secara terburu-buru tanpa saya berfikir panjang.

“Niat isteri untuk perbaiki hubungan kami, jadi saya yang minta dia ke mahkamah untuk proses JKP.

“Saya pula pada satu pagi yang salah… saya datang dan terus lafaz talak. Bila Linda keluar (bilik JKP) dia beritahu tak sangka saya lafaz talak,” kata Beego.

Walaubagaimanapun, Beego tidak menyangka krisis rumah tannga mereka diketahui oleh pihak media kerana dia tiada niat mendedahkan konflik tersebut kepada umum.

“Tempoh itu (edah) kami guna untuk bertenang, supaya dia dan saya boleh beritahu isi hati masing-masing.

“Kami sendiri pun tak mahu perkara ini berlaku… demi kasih sayang kepada pasangan dan anak kami sepakat perbaiki kelemahan diri dan menjadikan perkahwinan kami lebih kuat,” ujarnya kepada mStar.

Sekadar info, Beego dan Linda berkahwin pada 7 Jun 2013 dah dikurniakan tiga orang anak perempuan iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8 dan Indah Camelia, 4.

Artikel Berkaitan: Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Artikel Berkaitan: Hati Berbolak Balik, Linda Hashim & Beego Tak Jadi Cerai Berkat Bulan Ramadan

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

张敬轩427登云顶开唱!冧歌「轩」动人心

时隔三年,张敬轩4月27日再登云顶开唱,让大马乐迷感受「轩式」情歌的魔力!

Featured Mon, 22 Jan 2018

Endometriosis

Faktor kurangnya ilmu tentang apa itu endometriosis juga membuatkan mereka hanya menahan kesakitan dan menganggap ia perkara biasa.

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

Netizen mempersoalkan sama ada ciapan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan suaminya, pelakon Isa Khan

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Gaya Neelofa Di KLFW 2018 Dikritik Netizen?

Namun apa yang menarik perhatian, kemunculan Neelofa di pentas KLFW 2018 telah mengundang kritikan sebahagian besar netizen di media sosial.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

周秀娜来马大方分享瘦身秘籍!

本地极具影响力微商企业日前推介高质量新品,邀来了香港性感女神Chrissie周秀娜作为特别嘉宾,为新产品美丽加持!

Featured Mon, 17 Dec 2018

Figura: I Used To Be An Active Student – Sarah Suhairi

Sarah Suhairi tolak tawaran universiti demi perjuangan seni!

error: Content is protected !!