Featured By: Salma Syahbuddin May 12, 2023 @ 4:57pm

Kurang Tawaran Berlakon, Ali Puteh Kini ‘Struggle’ Jual Pakaian Kanak-Kanak & Minyak Wangi Di TikTok

Pelawak kontroversi Ali Puteh tidak berputus asa walaupun sering dikecam dan dikritik susulan kes melibatkan dirinya dengan arwah balu abam, Nor Hidayah Mohd Ali.

Malah, dia kini dilihat sedang sibuk menjalankan perniagaan menerusi jualan secara atas talian (online) dengan melakukan live di platform media sosial miliknya.

“Saya sekarang tengah buat busines kecil-kecilan di TikTok. Saya ada jual baju budak-budak,minyak wangi dan jual telekung tapi buat masa sekarang saya jual online je.

“Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini. Malah pembeli pun ada juga yang memberikan kata-kata semangat dan support perniagaan saya. Alhamdulillah,” katanya.

@najwakamaladhwa Didie n Alias pun boleh 😌 #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok #aliputeh #ramadhan2023 #bajuraya2023 #bajukanakkanakmurah #didinfriends ♬ bunyi asal – Najwakamaladhwa

 

Meskipun begitu, Ali mengaku masih terdapat segelintir dalam kalangan pembeli yang meninggalkan komen tidak enak dan mengecam dirinya, namun dia menganggap itu hanyalah sekadar hiburan memandangkan mereka secara tidak langsung mengikuti perkemabanagnnya di platform berkenaan.

“Memang ada, tapi kalau kena kecam atau kritik di tiktok, saya anggap mereka sebagai hiburan sebabnya, kalau mereka masuk live saya maknanya mereka ada follow saya ataupun lalu FYP macam tu. Saya tidak sampai ke tahap nak jumpa mereka atau nak bergaduh semua tak ada… Tapi saya akan cakap baik-baik dekat mereka macam ‘kalau abang tak suka, abang atau kakak boleh tolong keluar je.

“Tapi daripada bulan puasa tu, sampai sekarang saya berniaga, mereka semakin positif, Alhamdulillah. Saya pun tak tahu mungkin ada yang komen tak baik tu, tapi dia ada beli jadi saya tak boleh nak agak. jadi saya anggap mereka yang masuk live saya tu sebagai satu kawan baru saya dan saya akan cakap benda yang positif je.

“Kalau mereka tak minat boleh gerak, kalau mereka minat nak tengok apa yang saya jual boleh teruskan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

 

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia akan terus fokus terhadap perniagaannya dan melupakan karier seninya, Ali bagaimanapun menepis dakwaan tersebut.

Menurutnya, walaupun tawaran berlakon kurang, namun rezeki perniagaannya mendapat sambutam.

“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan.

“Buat masa sekarang kita cuba fokus kat sini dulu dalam masa yang sama kita cuba dapatkan tempat tak kisahlah kecil ke atau besar sebab mereka ada tanya ada kedai atau tak sebab nak datang beli… tapi insyaAllah semuanya dalam perancangan,”ujarnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 3 Apr 2024
Trending Wed, 25 Mar 2020
Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

LIFESTYLE Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Happy Birthday Ney Ney! Ini Ucapan Sweet Nora Danish Buat Anaknya

Selalu min pun terhibur bila Nora dan Bossned usik Ney Ney

Trending Thu, 14 Sep 2023
Featured Fri, 1 Mar 2019

12 rutin penjagaan kecantikan Janna Nick, nombor 10 amat mengejutkan!

Bak kata orang, ‘Kecantikan melalui penderitaan’