Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 15, 2023 @ 4:29pm

Ingin Berlaku Adil, Anna Jobling Tunai Janji Anjur Rumah Terbuka Buat Peminat Di Jakarta

Pelakon Anna Jobling tampil menganjurkan sebuah majlis Rumah Terbuka di Jakarta demi menunaikan janji terhadap peminatnya di sana.

Selain ke sana atas urusan kerja, Anna turut menyatakan majlis Rumah Terbuka tersebut dilakukan di Jakarta kerana mahu berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.

“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.

“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia. Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen,” katanya.

Dalam pada itu, Anna juga sempat memberikan kenyataan berkenaan desas-desus yang menyatakan dirinya tidak mahu peminatnya menyerbu kediaman keluarganya di Melaka pada Hari Raya.

“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya. Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya,” jelasnya.

Malah, Anna juga berharap agar niat baiknya untuk menganjurkan majlis Rumah Terbuka itu di sana tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya.

“Tak timbul isu pilih kasih atau tidak. Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Anna ke Jakarta juga atas urusan kerja serta mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.

“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.

“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Nama Yuna Pernah Disenarai Hitam Di Kanada

Fuhhhh, jangan main main ek kena senarai hitam

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Wed, 26 Mar 2025
error: Content is protected !!