Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 19, 2023 @ 4:43pm

[VIDEO] Kongsi Video Dari Bahagian Sisi, Elisya Sandha Ditegur Netizen -“Maaf, Nampak Bahagian Tak Sepatutnya…”

Video dikongsi pelakon cantik Ellisya Sandha yang sedang bermain bersama anak sulungnya, Bunga Elhaq meraih perhatian.

Rakaman tersebut mendapat kecaman netizen kerana pakaian adik kepada Fasha Sandha ini sedikit terdedah di bahagian ketiak.

Video tersebut pada asalnya hanya bertujuan untuk berkongsi umur anaknya sudah menginjak ke 11 bulan.

“Me and you together forever, promise?” tulisnya di kapsyen.

Penampilan Elisya membuatkan netizen meninggalkan komen yang rata-rata mengharapkan agar aktres itu lebih peka dalam membuat sebarang perkongsian di media sosial.

“Nasihat saya kepada yang berkenaan, sebelum pos mana-mana pic tengok la dulu pic tu.

“Sama ada okay atau pun tidak sepatutnya. Sebab selagi pic tak senonoh yang kita share, mengalir saham dosa kita.

“Saya bukan lah nak kepoci tapi terlanjur dah nampak tegur la sikit.

“Nak tunjuk apa sebenarnya? Tak tutup aurat dah satu,” tegur netizen.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan mereka menerima kehadiran cahaya mata, Bunga Elhaq 18 Jun tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Feb 2021
Featured Thu, 27 Oct 2022
Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

Trending Tue, 18 Dec 2018

Al-Fatihah…Jenazah Adib Akan Dikebumi Penuh Istiadat Bomba

Al-Fatihah…Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke Jannah, Insya Allah.

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi. @izzatramlii #ustazahasmaharun #pru15 #fyp #dakwah_islam #mengundi #foryou ♬ Orange 7 – Anime Quotes Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh […]

error: Content is protected !!