Hiburan By: Izzi Farhana May 19, 2023 @ 7:51pm

Mahu Cuba Pelbagai Watak, Bella Astillah Sedia Bawa Watak Penyondol

Penyanyi dan pelakon bersedia untuk membawa apa jua jenis watak dalam lakonan termasuklah karakter orang ketiga.

Menurut Bella, dia mahu mencuba pelbagai lagi watak yang mencabar dalam lakonan seperti watak antagonis yang lebih serius.

“Nak juga cuba bawa watak penyondol. Saya terima je sebab sebenarnya in reality kehidupan pun memang ada dan saya terbuka untuk mendapat watak itu

“Sebab nak tahu jugak apalah yang mereka rasa ni kan, bukan ke kita jadi hidup tak tenang jadi takut-takut kan?” seloroh Bella.

Bella ditemui di majlis rumah terbuka dan pelancaran Loudspeaker Karaoke di Datum Jelatek Mall.

Berkongsi lanjut, sebagai pelakon yang komited, Bella juga bersedia untuk menerima pelbagai watak seperti watak cacat untuk menimba pelbagai pengalaman baru.

Untuk info, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan hasil perkahwinan tersebut telah dikurnakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang […]

Trending Tue, 2 Oct 2018

KFC Lancarkan Burger Zinger Waffle Burger, Nampak Menarik!

Ia mula dijual hari ini, jadi cepat pergi beli!

Trending Thu, 21 Oct 2021

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal! Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, […]

Trending Thu, 4 Oct 2018

Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta Kini Sedia Dijual, Ada Sesiapa Berani Beli?

Sepatu termahal dunia itu diperindahkan dengan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.

Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Kerap Buat Perkongsian, Altimet Mengaku Lebih Mahir Berkomunikasi

Dalam perkembangan lain, Altimet  kini sibuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Featured Tue, 3 Jan 2023