Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 22, 2023 @ 6:09pm

“Suhu Badan Cecah 40 °C & Tekanan Darah Rendah” – Aiman Tino Masuk Hospital Akibat Demam Denggi

Penyanyi Aiman Tino dikhabarkan dimasukkan ke hospital di Johor akibat terkena demam denggi sejak malam Sabtu lalu.

Memetik laporan mStar, Aiman memaklumkan bahawa dia ke Johor untuk menjalani sebuah penggambaran telemovie namun tiba-tiba berasa tidak sihat.

Kongsi Aiman, suhu badannya mencecah 40 darjah selsius dan disahkan oleh doktor diserang denggi selepas menerima rawatan.

“Sepatutnya saya ke Johor ini untuk menjalanai penggambaran telemovie. Tapi pada hari Rabu saya dah mula demam. Khamis dan Jumaat saya hanya duduk berehat di hotel saja.

“Saya mula shooting Isnin lepas dan Rabu tu dah mula tak sihat terpaksa ambil cuti dua hari. Sabtu saya sambung kerja ingat dah betul-betul sihat tapi malam tu saya muntah empat kali.

“Pergi hospital bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40 dan keputusan darah keluar doktor beritahu saya kena denggi,” jelasnya kepada mStar.

Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu pada mula dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kemudian dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ Johor dan ditemani oleh isterinya, Che Syarah Haifah Che Isa, 24.

“Sekarang ini saya di Johor dengan isteri saya. Dia yang pantau keadaan saya di sini sekarang,” kongsinya.

Semalam, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil membuat perkongsian menerusi Instagramnya memaklumkan tentang keadaan Aiman itu.

Hazelina juga berterima kasih kepada sahabat suaminya yang memasakkan sup ketam untuk merawat demam denggi yang dihidapi Aiman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena yusri (@yusririena)

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 1 Feb 2020

Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam dan anak-anak meraung hiba di lapangan terbang. Kenapa ya?

Events Wed, 29 Aug 2018

Teater Tanah Airku, Mana Pergi Erma Fatima?

Erma Fatima sebenarnya telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut. Bukan kerana merajuk, tetapi?

Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Jadi Rebutan, Hun Haqeem Redha Tak Cukup Tidur

Jangan sampai jatuh sakit ok?

Trending Wed, 7 Aug 2019

Kali Terakhir Dilihat Hanya Berpakaian Dalam, Di Mana Jejak Nora Anne Quoirin?

Dikatakan hilang di hutan Negeri Sembilan, di mana jejak gadis Ireland ini?

error: Content is protected !!