Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 25, 2023 @ 6:18pm

Mahkamah Sahkan Perkahwinan Tak Dapat Diselamatkan, Arah Syamsul & Puteri Sarah Fail Dakwaan Lafaz Dua Kali Cerai

Sesi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini, terus berpanjangan.

Hal ini berikutan mahkamah memaklumkan perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan lagi dan memutuskan 14 Jun sebagai tarikh baharu untuk status pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut.

Peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, kedua-dua pihak perlu mengesahkan dua lafaz cerai yang didakwa pernah dilakukan oleh Syamsul sebelum ini.

“Mahkamah berpuas hati dan pegawai JKP telah kendalikan dengan tertib.

“Tujuan utama kita hari ini adalah mahkamah mendengar penjelasan dari pegawai JKP yang mengendalikan proses ini.

“Dan mahkamah maklumkan dapatan pengerusi JKP dan wakil dari kedua-dua belah pihak, bahawa perkahwinan ini memang tidak boleh diselamatkan. Antara yang dikongsikan adalah shiqaq, ada pihak ketiga dan tidak bertanggungjawab.

“Sebelum kita teruskan dengan proses yang berikutnya, iaitu untuk merujuk pada hakam kerabat, pihak Azmi (peguam Syamsul) membangkitkan lafaz talak yang sudah dilafazkan oleh anak guam saya.

“Jadi mahkamah mendapati isu lafaz cerai di luar mahkamah perlu diselesaikan dulu, kerana mahkamah perlu tahu yang ini talak ke berapa memandangkan kami sudah memohon cerai. Dia kata ada dua lafaz dan satu taklik, taklik adalah ‘conditional divorce’,” jelas Akberdin.

Ditanya adakah berlaku dua penceraian, Akberdin berkata, wujud shiqaq dan matlamat JKP juga tidak tercapai.

“Itu dalam laporan JKP, saya kena tanya anak guam saya terlebih dahulu apa yang sebenarnya berlaku.

“Kalau ikut prosiding harini, memang wujud Shiqaq dan matlamat JKP itu tidak dapat dicapai iaitu berdamai. Jadi langkah berikutnya adalah Hakam Kerabat seksyen 48.

“Kita perlukan failkan untuk mahkamah mengesahkan perceraian itu disabit atau tidak. Peguam Syamsul syorkan untuk kami failkan sebab peguam dia pun mahu berjumpa dan berbincang cara terbaik untuk selesaikan kes ini. Sama ada kami failkan atau pihaknya yang failkan, kami akan maklumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang ditemui sebelum ke dewan bicara memaklumkan dia sangat teruja untuk ke Jakarta pada malam ini.

“Selepas selesai kes hari ini, saya mahu terbang ke Jakarta. Saya sangat teruja untuk penerbangan malam ini. Saya ke sana berikutan hal bisnes, dan juga kerja. Saya akan ke sana selama seminggu dan anak-anak akan tinggal bersama ibu saya,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, dalam prosiding pagi tadi Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Syamsul untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak), namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.

Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak lima tahun lalu di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih panas, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga kini.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Gaya Percakapan Sengaja Tiru Fazura Sejak Tular, Wanita Ini Tampil Beri Respons – “Ini Tuduhan Tak Berasas”

Amboii, jahat mulut ek 😌 Tapi laju betul followers kembar Fazura ni naik dari 800 sekarang dah cecah 50 ribu! 🎉🤩 Mantap! 👏🏻

Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

Hiburan Sat, 5 May 2018

Redza Rosli Dipuji Pelakon Senior? Ini Sebabnya…

Pelakon baru yang mula mencipta nama dalam industri seni lakonan tanah air ini bukan sahaja popular dengan gosipnya bercinta dengan penyanyi dan juga pelakon kecil molek, Ayda Jebat. Tetapi, beliau turut dipuji oleh pelakon senior […]

familuv Mon, 27 Apr 2020

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Ibu bapa perlu didik anak mengerjakan sembahyang

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Tahniah Datin Seri Zizie Ezette Atas Kelahiran Baby Kembar

Tahniah Datin Seri Zizie Ezette yang selamat melahirkan anak kembar lelaki

Featured Mon, 28 Aug 2023
error: Content is protected !!