Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 7, 2018 @ 12:00am

Jom Ke Anggun Life Festival Untuk Dapatkan Baju Raya Pelbagai Jenama Pada 8 & 9 Jun Ini!

Buat pertama kalinya, Festival Anggun Life diadakan oleh pihak Media Prima Berhad yang bakal menghimpunkan pelbagai jenama popular yang menawarkan barangan fesyen, kecantikkan, gaya hidup dan kesihatan di bawah satu bumbung. Festival ini juga akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Jun ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Baharu.

Terdapat lebih 100 vendor yang  akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life ialah, Remy Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsuddin & Fadzil Zahari, Zul Huzaimi, Fedtri Yahya, Ameera Zaini, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar, Nadya Syahera dan Nora Lunia dan ramai lagi. So, korang bolehlah shopping sambil tangkap  gambar selfie nanti!

Remy Ishak

Sherry Ibrahim

Mia Ahmad

Yana Samsuddin

Erma Fatima Sebagai Mak Cun

Selain itu, Anggun Life juga akan menampilkan pasangan kegemaran ramai iaitu, Amar Baharin dan Amyra Rosli sebagai Duta untuk festival Anggun Life pada kali ini. Para pengunjung tidak hanya dapat membeli belah barangan kesukaan mereka, malah turut berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan. 

Tidak ketinggalan, jurugaya terkenal seperti Tym Fatimah, Min Luna, Watiey Abdullah dan instafamous Sharifah Rose akan berkongsi tips mengenai penataan gaya, solekan dan penggayaan tudung di gerai “Hijab & Heels” dan banyak lagi.

Jumpa anda di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 12 Sep 2018
Featured Wed, 25 Jan 2023

Teruja Staff Syarikat Penerbangan Berhijab, Komen ‘Pedas’ Aliff Syukri Buat Ramai Terkejut

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur melihat salah seorang staff AirAsia tampil mengenakan hijab. @aliffsyukriterlajaklarisYe ke awk??♬ bunyi asal – Dherbs Terlajak Laris Menerusi kemas kini terbaharu Aliff di TikTok, dia memuji kecantikan staff […]

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Konsert Amal Damasutra di Hard Rock Cafe

kemunculan Damasutra kali ini adalah menjayakan misi penting bagi mengumpul dana tabung bantuan Rohingya. 

Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tahniah Wira Malaysia! Ramai Sokong Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian

Penghargaan yang amat membanggakan. Setimpal dengan usaha murninya. Tahniah! 🤩🤩🤩

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
error: Content is protected !!