Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 26, 2023 @ 6:20pm

Masih Diisytihar Bankrap, Fizo Omar Akui Ada Kesan Kepada Kehidupan – “Dah Masuk 9 Tahun, Belum Lagi Selesai”

Selebriti dan usahawan, Fizo Omar memaklumkan isu dirinya diisytihar muflis pada suatu ketika dahulu masih belum menemui titik noktah biarpun sudah 9 tahun berlalu.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia masih lagi memegang status orang bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.

“Belum lagi selesai. Sampai sekarang saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama.

“Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut

“Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya,” kongsi Fizo kepada XTRA.

Fizo ditemui ketika sambutan rumah terbuka Jom Raya Setikar bersama iQIYI di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Biarpun dihimpit dengan masalah tersebut, Fizo akui kehidupannya kini bertambah baik sekali gus membuatkan dirinya keluar dari zon selesa untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini.

“Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus.

“Perkara tersebut buatkan saya keluar daripada zon selesa saya dan berusaha membina perniagaan saya sehingga saya rasa kehidupan kini lebih baik,” ujarnya.

Ditanya adakah masalah tersebut tidak memberi kesan kepada kehidupan, Fizo menganggap kebankrapan adalah hanya sebuah pemikiran sahaja sebaliknya hanya beserah kepada rezeki tuhan.

“Tipulah kalau ia tidak memberi kesan kepada hidup saya, tapi pada saya yang telah lalui perkara ini, ia hanya sekadar sebuah kertas. Dimana ia hanyalah duniawi.

“Kalau kita percaya dengan rezeki Allah, Allah tidak pernah memilih sesiapa yang bankrap ataupun tidak dalam memberi rezeki.

“Bila kita dilanda ujian, ia sebuah cabaran untuk kita berusaha lebih. Bankrapsi pada saya adalah pemikiran sahaja. Bila saya faham mengenai bankrapsi, sebenarnya ia tidak memberi cabaran kepada saya,” tutup Fizo.

Untuk info, Fizo diisytihar bankrap sejak tahun 2014 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 20 Apr 2024
Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami…

Featured Wed, 21 Feb 2024
Events Mon, 5 Nov 2018

萧秉治男女通杀!近距离又唱又跳「超爽」

萧秉治带着个人首张专辑《凡人》来马,北中南宣传跑透透;日前在吉隆坡站上,与女粉丝牵手对唱《天使见证的爱情》,让粉丝高喊“超爽!”

Trending Tue, 27 Mar 2018

AirAsia Employees KISS Luggage Bags as Sign of Apology to Passengers

These dudes literally kissed each and every one of those bags!

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

孙燕姿《半句再见》预告 超音波短片温馨催泪

孙燕姿先前为电影《六弄咖啡馆》配唱的主题曲《半句再见》,日前在脸书公开预告影片,短短30秒影片纪录超音波短片及宝宝心跳声,充满温馨母爱。

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

error: Content is protected !!