Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 26, 2023 @ 2:21pm

Bukan Hanya Sekadar Cinta Tampilkan Gandingan Wajah Baharu Di Kaca Televisyen

Slot Akasia kini diisi dengan sebuah drama bersiri yang berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta yang diarahkan oleh Riza Baharudin dan hasil nukilan skrip oleh Rehal Nuharis.

Bukan Hanya Sekadar Cinta menampilkan pelakon-pelakon baharu yang bakal mewarnai industri seni seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang Ikatan pertunangan Ilan Rafzal (Muaz Zabir) dan Indah Kamelia (Sofia Dendroff) yang putus di tengah jalan tanpa sebarang penjelasan kepada Kamelia.

Perasaan kecewa dan marah dengan keputusan itu, Kamelia tekad membawa diri ke Terengganu dan ingin berjauhan daripada segala masalah yang dihadapinya.

Ketika berada di Terengganu, dia bertemu dengan Isa Rafael lakonan Ismail Izzani iaitu seorang lelaki misteri yang cuba memujuknya dengan meninggalkan sejambang bunga dan lelaki itu disangka bisu dan pekak.seorang lelaki yang cuba memujuknya dengan meninggalkan sejambang bunga.

Bermula dari peristiwa itu mereka kerap meluangkan masa bersama dan hanya menggunakan buku nota sebagai perantara mereka untuk meluahkan perasaaan.

Suatu hari, Kamelia menerima panggilan telefon yang mengejutkan dan dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur tanpa meninggalkan sebarang nota buat Isa Rafael dan sebuah rahsia bakal menantinya.

Drama ini akan mula bersiaran menerusi slot Akasia bermula 24 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Isu Rumah Tangga, Tekanan Vokal Terbaik… Hafiz Suip Akui Konsentrasi Terganggu Menjelang AJL39

Hafiz Suip akui konsentrasi terganggu terpalit isu rumah tangga

Featured Sat, 17 Jan 2026

“Muka Semua International” – Muat Naik Video Bersama Adik Perempuan, Netizen Puji ‘Siblings’ Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video bersama adik-beradik perempuannya

Featured Fri, 7 Nov 2025

“Kami Bukan Beli Satu, Percuma Satu” – Shila Amzah Tegur Sikap Individu Minta Harga ‘Pakej Suami Isteri’

Shila Amzah tampil menegur segelintir pihak yang didakwa sering meminta bayaran atau tawaran secara ‘pakej suami isteri’.

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!