Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi May 26, 2023 @ 7:16pm

#BabyXTRA: Trauma Bersalin Czer, Sasha Abdul Aziz Diserang Postpartum Depression! Pilih Berpantang Cara Tradiosional

Aktif menjaga badan dan bersenam tidak menjadikan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz bimbang sekiranya fizikal badannya berubah meskipun selepas bersalin.

Kata Sasha, dia langsung tidak ada morning sickness yang teruk. Mengidam pun tiada. Beruntung suami Sasha tak pening kepala nak fikir!

Pengalaman bergelar seorang ibu buat kali pertama tidak mudah buat Sasha yang mendedahkan pernah mengalami Postpartum Depression selepas melahirkan anak sulungnya.

Menerusi segmen #BabyXTRA untuk minggu ini, Sasha menceritakan antara momen dan pengalaman pahit manis ketika sedang mengandung.

*Shasha Trauma Bersalin Caesarean (Czer), Rasa Tertekan Sampai Tak Boleh Breastfeed!* 

Jelas Shasha, dia diserang postpartum depression selepas melahirkan anak pertama kerana tidak dapat menahan kesakitan bersalin secara caesarean (czer).

“Selepas bersalin anak pertama, saya kena postpartum depression. Pada awalnya saya ingatkan bersalin normal, tapi tak dapat. Jadi saya kena bersalin caesarean (czer) dan sakit sangat.. Saya tak dapat nak handle sakit tu. Trauma!

“Saya terlalu tertekan sehingga tak dapat nak breastfeed anak saya jadi saya pump je. Saya tak boleh tidur, rambut gugur banyak.. Masa tu juga saya tiada pembantu, jadi tak ada yang tolong saya sangat.

“Tapi saya dengar nasihat ibu saya yang banyak membantu dan rakan-rakan. Kata mereka, pengalaman ini sangat mahal dan salah satu journey dalam melahirkan anak.  Jadi saya lalui je. Umur anak saya empat bulan, baru saya ok..

“Untuk anak kedua ni Alhamdulillah, saya tak ada depression atau anxiety sebab dah tahu cara nak handle keadaan mental,” ujarnya.

*Hidup Serba Moden, Sasha Tetap Pilih Berpantang Tradisional!* 

Sebagai individu yang mementingkan penjagaan badan dan kesihat, Sasha berkata dia lebih memilih untuk berpantang secara tradisional berbanding moden kerana mempercayai cara tersebut lebih cepat untuk menurunkan berat badan.

“Saya memilih untuk berpantang secara tradisional iaitu selama 44 hari. Ada makcik yang akan datang mengurut, letak pilis, bengkung, bertungku. Semua cara yang orang dahulu buat, saya terapkan.

“Pada saya berpantang tradisioanl ni lagi cepat turun berat badan dan rahim cepat kecut,” jelasnya.

*Lebih Matang Urus Anak Kedua*

“Masa anak pertama, saya tak ada banyak knowlegde tentang cara pengajaan atau menguruskan anak. Jadi masa tidur pun ditepuk atas rocking chair, saya tak train anak saya tidur.. Ikut timing dia nak tidur pukul berapa. Tak dapat nak susukan anak direct..

“Untuk anak kedua ni saya buat opposite daripada anak sulung. Saya didik anak saya tidur, dapat direct breastfeed.. Semasa nak bagi tidur pun saya baringkan dan biar dia tidur sendiri tak ada tepuk-tepuk,” tuturnya.

Sekadar info, Sasha mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella dan Ilya Rose.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Nov 2020
Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Featured Mon, 19 Apr 2021

Rentas Negeri Aidilfitri Ditentukan Selepas 28 April

Ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini akan ditentukan selepas 28 April. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sekarang sehingga tarikh tersebut orang ramai perlu […]

Hiburan Wed, 24 May 2023
Trending Thu, 15 Jul 2021
error: Content is protected !!