Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 26, 2023 @ 10:05pm

Terkejut Disindir Puteri Balqis, Ini Respons Qistina Raisah – “Tolong Cerita Perkara Sebenar Secara Terbuka…”

Pelakon remaja, Qistina Raisah meminta aktres Puteri Balqis untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Memetik laporan mstar, Qistina berharap agar Aqish akan menceritakan perkara sebenar demi menjernihkan namanya yang sehingga kini masih diserang bertubi-tubi di Instagramnya.

“Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya memang tak pernah langsung ada masalah dengan dia.

“Saya mahu Balqis cakap yang ini salah faham dan jelakan secara terbuka sebab ia memalukan sehingga ramai orang fitnah saya.

“Kalau boleh saya tak mahu isu ini berpanjangan sebab selepas ni mungkin kami akan berjumpa lagi… tapi kalau tak mahu tak apa” ujarnya.

Sebelum ini, hantaran Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish memuat naik kenyataan berbaur sindiran di Instagram miliknya.

Meskipun tidak menyebut nama, namun begitu perkongsian Aqish itu telah membuatkan ramai pihak mendakwa mesej yang dituju itu adalah kepada Qistina.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Timbul Salah Faham Dengan Aktres Remaja, Ibu Qistina Raisah Beri Kata-Kata Semangat Kepada Anak  – “Teruskan Melangkah Walaupun Dihina, Fitnah”

Jelas Qistina, dia berasa sungguh kecewa atas tindakan Aqish yang tidak menyangka aktres berkaliber itu sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan.

“Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah untuk saya… tidak sangka begitu sekali dia merendahkan dan menghina saya.

“Saya memang tidak pernah menang anugerah, tetapi sebagai seorang yang turut sama dalam industri saya harap dia faham keadaan saya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Qisitina turut memberi penjelasan yang mengakui segalanya bermula apabila wujud pertelingkahan bersama sahabatnya.

“Benar saya ada bergaduh dengan seorang rakan, tapi individu tersebut bukan Balqis.. siapa yang tahu, tahulah!

“Tapi kami sudah pun bermaafan, dah selesai tapi pelik pula tiba-tiba Balqis ingat saya tujukan kepadanya di media sosial.

“Saya pun tidak tahu bagaimana dia boleh terasa perkongsian saya sebelum ini ditujukan kepadanya,” luahnya.

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah, Sekali Lafazdengan pasangannya yang mula berkawan sejak 2009, sebelum Abam melangkah kaki ke Raja Lawak 6

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Sat, 30 Oct 2021
Trending Mon, 21 May 2018

SPRM Panggil Najib Beri Keterangan Esok

Sekiranya beliau tidak hadir untuk proses mengambil keterangan, beliau boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SPRM 2009.

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Trending Fri, 30 Oct 2020

Kelonggaran Akad Nikah Di Selangor Bermula November Ini

Harap maklum bagi pasangan pengantin

Featured Mon, 11 Nov 2024

Along Kamaludin Minta Rakan Artis Henti Kecam Fazura – “Yang Kutuk Tu Menyanyi Sampai Indonesia Tak?”

Along berkata, mungkin terdapat masalah teknikal ketika perkara itu berlaku.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Hanya Sampaikan Cerita, Drama Band Tiada Niat Cetus ‘Drama’

Drama Band sedia terima kritikan daripada netizen. Dalam masa sama, mereka memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa.

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Sharif Zero berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

error: Content is protected !!