Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 12, 2023 @ 10:54am

“Mereka Penyokong Nombor 1 Saya” – Liyana Jasmay

Pelakon, penerbit dan pengarah Liyana Jasmay mengakui pemergian kedua-dua ibu bapanya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya sebagai anak seni.

Terdahulu, ibu Liyana, Allahyarhamah Datin Habsah Simpon telah meninggal dunia akibat kanser otak tahap empat, pada 12 Mei lalu.

Manakala, bapanya, Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah telah meninggal dunia pada 12 Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Menurut Liyana, mereka merupakan penyokong nombor satunya sepanjang dalam kerjaya seni dan sering menjadi pembakar semangatnya untuk terus melangkah.

“Mereka adalah penyokong nombor satu saya. Ketika saya hampir berputus asa dan penat, saya selalu ingat yang saya ada dua peminat terbaik di dunia iaitu ibu bapa saya.

“Mereka sudah tiada, tetapi saya perlu membuatkan mereka bangga sebab perjalanan sebagai anak seni, tidak mudah, ada naik turun.

“Ada orang sukakan kita hari ini dan ada juga tidak sukakan kita esok, jadi bagaimana nak kekal waras.

“Jadi, kewarasan saya adalah arwah ibu bapa saya. Dengan ingatan yang diberikan dan sudah tentu sekarang, saya mempunyai kakak, Adriana. Dia sentiasa bersama dengan saya,” katanya.

Kehilangan ibu bapa dalam tempoh 17 bulan, Liyana bagaimanapun menyatakan setiap memori dan didikan mereka sentiasa berada dalam ingatannya untuk terus kuat.

“Saya tidak menafikan terasa sangat akan kehilangan. Arwah bapa meninggal dunia 17 bulan sebelum arwah ibu. Mereka berdua memang sentiasa ada dalam hidup kami.

“Kami rapat, pagi-pagi sudah WhatsApp. Nak pergi bercuti pun berbincang. Jadi, ia adalah kehilangan besar buat saya dan keluarga.

“Namun, dengan kenangan yang ada membuatkan saya kuat. Saya fikir apa yang arwah korbankan untuk saya.

“Saya fikir boleh tak saya buat untuk anak-anak. Saya harap boleh melakukan perkara sama kepada dua cahaya mata.

“Saya sedih, tetapi memori seronok buat saya tersenyum seperti memori dibesarkan dan sebagainya. Kenangan bersama menjadikan siapa saya hari ini,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

Featured Thu, 21 Dec 2023

Kongsi Rutin Diet, Khairul Aming Hilang 20 Kilogram Sepanjang 2023

Siapa nak kurus tu bolehlah tanamkan azam mulai sekarang! Usaha tak pernah mengkhianati hasil❤️

Featured Fri, 5 Aug 2022
FESYEN Mon, 22 Jul 2019

Lebih Hebat…Selepas Kejayaan Naelofar, LofaBrand Pula Menyusul!

Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

Hiburan Mon, 25 May 2026
error: Content is protected !!