Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 29, 2023 @ 12:08pm

Tya Arifin Kongsi Foto Keluarga Ketika Bercuti Sambil Hadiri Majlis Ilmu, Izara Aishah Pula Jadi Tumpuan – “Macam Pregnant Je”

Pelakon jelita Izara Aishah tampil mencuri tumpuan dalam kalangan netizen gara-gara didakwa dirinya kini sedang berbadan dua.

Perkara tersebut menjadi hangat diperkatakan apabila pelakon Tya Arifin berkongsi gambar mereka sekeluarga pergi bercuti sambil menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Annuar, beberapa hari lalu di Instagram.

Lebih mencuri perhatian, susuk tubuh Izara kelihatan jelas seperti sedang sarat mengandung ketika bergambar bersama penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza sambil membelakangi keindahan pantai.

Biarpun tidak mengetahui kesahihannya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen yang mendoakan yang baik-baik buatnya.

Dalam pada itu, Tya juga sempat meluahkan rasa syukurnya dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan percutian yang penuh pengisian itu.

“Tiga hari lalu berkesempatan untuk menge-charge diri dengan insan-insan yang mulia. Kita menghabiskan dari mula subuh hingga selepas isya bersama.

“Pertama kali Tya melakukan trip seperti ini. Biasanya trip relate dengan hanya holiday. Tapi kali ini, trip yang penuh “isi dan makna” .

“Terima kasih Ustadz @ustazwadiannuar dan para jemaah lainnya hehe. Full video trip ini sudah tayang di my youtube The Tya’s family. wajib tonton dan subscribe ok,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Terdahulu, Izara tampil menepis dakwaan netizen yang menyatakan dirinya kini sedang sarat mengandung.

Malah, dia juga sempat memberi teguran kepada para netizen yang terlalu cepat membuat andaian mengenai perubahan tubuh badan setiap selebriti wanita yang sudah bergelar ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Asal Buncit Je Orang Ingat Pregnant, Tak Habis Habis Tengok Perut Orang” – Izara Aishah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Sun, 24 Mar 2019

Kecewa Dituduh Perosak Rumah Tangga, Nina Iskandar Beri Amaran!

Tegas pelakon berusia 27 tahun itu, hubungannya dengan penolong pengarah berkenaan hanyalah atas dasar profesional dan tidak lebih dari itu.

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

Acara Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!