Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri March 7, 2018 @ 3:48am

5 Kesan Negatif Sekiranya Anda Membeli Telefon “Clone”

Hampir semua telefon pintar diklonkan. Sekali pandang, telefon tiruan ini tiada bezanya berbanding dengan yang asli. Harganya juga jauh lebih murah.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kesan “buruk” sekiranya anda menggunakan peranti tersebut ? Berikut kami kongsikan 5 kesan negatif peranti tiruan.

1. Mudah rosak

Jika anda membeli peranti klon dengan harga yang murah, sudah tentu tidak akan memiliki spesifikasi yang sama dengan asli. Akan terdapat banyak pengurangan di beberapa bahagian hardware seperti kamera, layar,  bateri bahkan ada yang menggunakan barangan terpakai. Hal ini tentu membuat anda kurang puas dalam menggunakannya dan akan cepat rosak.

2. Sukar dibaiki sekiranya rosak

Selain mudah rosak, smartfon klon juga jarang menyediakan service centre bagi para penggunanya. Tentu hal ini akan membuat anda sukar untuk membaik pulih peranti sekiranya berlaku kerosakan.

3. Tidak dapat kemaskini perisian

Peranti pintar sememangnya memerlukan update software terbaru demi meningkatkan tahap keselamatan sistem perantitersebut. Namun, jika anda membeli peranti tiruan, berkemungkinan proses kemaskini akan terbatas ataupun tiada langsung.

4. Hilangnya privasi

dengan menggunakan peranti tiruan, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada tahap privasi peranti. Sebagai contohnya akhir-akhir ini, salah satu perusahaan software di Shanghai yang telah menyebarkan data pengguna lebih dari 700 juta smartphone dan kebanyakan data tersebut adalah smartphone tiruan yang berharga murah.

5. Tidak mempunyai teman untuk berkongsi

Kebanyakan pengguna smartphone original mempunyai komuniti yang akan membantu, sekiranya smartfon anda mengalami masalah. Hal ini berbeza dengan pengguna peranti tieuan yang jarang mempunyai komuniti untuk berkongsi masalah sekiranya peranti anda menghadapi kerosakan atau sebagainya.

Semoga tips ini bermanfaat untuk semua,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Salah Ke Kalau Alvin Chong Nak Tiru Imej Penyanyi K-Pop?

Wah, siapa berani cakap Alvin Chong tiru gaya artis Kpop ni? 

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

Pelakon Veteran, Roslan Saleh Meninggal Dunia

Roslan Saleh sebelum ini menghidap penyakit diabetes

Featured Sat, 27 Sep 2025
Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Hael Husaini Mengaku Sudah Terjebak!

Dua pulak tu! Satu untuk siapa?? Haaaaa…

Featured Thu, 1 Aug 2024
error: Content is protected !!