Euforia Bola 2026
Drama By: Padin May 31, 2023 @ 10:28am

Ismail Izzani Akui Cabaran Berlakon Dalam ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’

Komunikasi dalam percintaan adalah aspek yang amat penting. Ia adalah kunci kepada perhubungan yang harmoni.

‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’ adalah siri Akasia terbaharu yang mengetengahkan cara komunikasi yang berbeza daripada biasa. Kisah ini menyoroti watak Kamelia yang telah membawa diri ke Terengganu apabila menerima kata putus daripada tunangnya, Ilan Rafzal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Ketika berada di negeri Darul Iman itu, Kamelia telah bertemu dengan Isa Rafael, seorang jejaka yang disangkakan bisu dan pekak. Perwatakan Isa Rafael membawa pelbagai misteri. Walaupun dengan keadaannya itu, dia masih boleh berinteraksi dengan Kamelia menerusi alat perantara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Alat perantara tersebut adalah buku nota. Bagi setiap luahan Kamelia, Isa Rafael setia ‘mendengar.’

Namun, terdapat satu kejadian yang telah memaksa Kamelia untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Dia pergi tanpa meninggalkan Isa Rafael sebarang nota.

Lebih sedih lagi, yang menanti Kamelia di ibu kota adalah sebuah perkahwinan rahsia.

Watak Isa Rafael yang dilakonkan oleh Ismail Izzani sememangnya melibatkan pelbagai emosi. Hal ini jugalah yang menarik minat Ismail Izzani untuk turut terlibat dalam menjayakan siri ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Menurutnya, “Isa Rafael ni seorang yang lembut tapi dalam dirinya, dia ada kemarahan dan keganasan tapi dia pun tak sedar.” Dia juga mengakui bahawa watak ini agak berat bagi dirinya sebagai seorang yang lebih lebih menjurus ke arah dunia nyanyian. Namun, dia telah menyahut cabaran yang diberi.

Dari segi persiapan, Ismail Izzani berpendapat bahawa “Lagi saya bersiap, lagi saya gementar.” Namun, dia telah mengambil inisiatif untuk menelaah skrip setiap hari. “Saya cuba untuk baca skrip mengenai Isa. Ini untuk mengenali dia lebih setiap hari kerana dia ibarat saya menjadi watak orang lain. Saya tak boleh menjadi diri saya.”

Selain cabaran membawa watak utama buat kali pertama, dugaan yang perlu diharungi oleh Ismail Izzani bagi siri ini adalah apabila dia terpaksa berjauhan dari rumah untuk penggambaran di Terengganu selama satu bulan.

Namun, Ismail Izzani gembira dengan pengalaman bekerjasama bersama barisan pelakon lain dalam siri ini. Tentang hubungan bekerja dengan Sofia Dendroff, Ismail Izzani berkongsi, “Pada awalnya, susah sikit untuk saya bercakap dengan dia sebab saya malu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Tetapi lama kelamaan, mereka membina hubungan yang baik. Katanya lagi, “Dia (Sofia) suka buat lawak yang dia tak sedar pun dia lawak.” Kerjasama dengannya amat mudah bagi Ismail Izzani.

Begitu juga dengan pelakon lain seperti Muaz. “Saya rasa banyak babak gaduh dengan dia. Susah kalau saya nak buat babak-babak tersebut jika saya tak dapat kenal dia.” Menerusi penggambaran ini, terjalinnya persahabatan baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muaz zabir (@muaz.zabir)

Ismail Izzani tidak menafikan bahawa dia juga mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan buku nota. “Kalau cakap tak, memang tipu la,” ujarnya. Buku teks juga pernah menjadi perantara bagi Ismail Izzani.

Akhir kata, Ismail Izzani mengajak orang ramai untuk meluangkan satu jam sehari dari Isnin hingga Jumaat untuk sama-sama menyaksikan ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’ yang mempunyai “pelakon segar dan jalan cerita menarik.”

Cerita Apa? ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Drama Mon, 24 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kerasnya Takdir’

Perbezaan darjat menjadi punca.

Drama Tue, 25 Mar 2025

Mahukan Kelainan… Penerbit Angkat Naskhah Adik Beradik, Tampil Elemen Thriller Dalam Rahsia Kelabu

Jaja Ishak mengangkat nashkah hubungan adik beradik dalam telefilem Rahsia Kelabu.

Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Drama Thu, 11 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Adnan Runner’

Kejadian yang tak diduga!

Drama Sat, 9 May 2026

Demi Drama ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ Marc Syahmie Terpaksa Masuk Peti Mayat – “Sehari Sebelum Penggambaran Peti Tu Digunakan Untuk Mayat Sebenar”

Kata Syahmie, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan, produksi menggunakan peti mayat yang masih digunakan pihak hospital dan bukannya prop penggambaran.

Drama Fri, 15 Dec 2023
Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

Drama Fri, 5 Dec 2025

‘Sumpah Ibuku’ Semakin Panas! Netizen Puas Hati, Che Yam Rupanya Dimadukan Dalam Diam

Makin best drama bersiri Sumpah Ibuku! Jangan lupa saksikan di slot Akasia TV3!

error: Content is protected !!