Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 1, 2023 @ 11:39am

Menariknya… Tampil Berbeza Sempena Ulang Tahun Ke-39, Semua Poster Program Popular TV3 Kini Berwajah Anime!

Sempena ulang tahun ke-39, saluran TV No.1 negara TV3 kini tampil berwajah anime bagi seluruh poster program popular yang mewarnai stesen tersebut, sejak minggu lalu.

Mula beroperasi pada tahun 1984, kini TV3 turut menyajikan pelbagai program dan aktiviti yang menarik buat penonton setianya sepanjang Jun ini.

Lebih menarik lagi, orang ramai juga boleh menyambut ulang tahun TV3 di Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda yang akan berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, pada 2 Jun hingga 4 Jun ini.

Penonton TV3 berpeluang untuk berkunjung ke pameran Anime dan pertandingan Cosplay, pameran eksklusif kereta Fast X, penampilan maskot Ejen Ali, Mina Mila dan Little Ammar serta dapatkan cenderahati eksklusif ulang tahun TV3 ke-39 dengan kolaborasi khas bersama Alha Alfa (gincu) dan Ameera Zaini (tudung).

Berikut adalah antara poster program popular yang kini berwajah anime:-

Tanyalah Ustaz 

Pada 1 Jun 2023, Istimewa Tanyalah Ustaz bermula 6.30 pagi akan membuat bacaan selawat, zikir & doa selamat bersama Ustaz Fakhrulradhi dan para pelajar tahfiz. Episod ini bakal mengupas tajuk Sentiasa Bersamamu bersama 2 panelis Ustaz Elyas Ismail serta Ustaz Jafri Abu Bakar dan dihoskan oleh Da’i Hadhari dan Da’i Aiman.

Malaysia Hari Ini

Program bual bicara ini bakal menampilkan topik khas bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 ke-39 pada 1 Jun 2023. MHI bakal membincangkan tentang kerjaya di dunia animasi yang dilihat sangat berpotensi pada masa kini. Ikuti temu bual bersama Lukman Nul Hakim, seorang juru animasi Malaysia yang telah menghasilkan Alif & Sofia. Beliau bakal berbincang tentang pemilihan jurusan pereka grafik dan multimedia, kreativiti, kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi seorang profesional di industri animasi. MHI juga menyelami jiwa dan hati peminat yang gemar membuat koleksi animasi unik. Ikuti perkongsian mereka tentang dunia anime yang berwarna – warni dan barangan koleksi anime yang bercorak terang dan berani.

 

Wanita Hari Ini

Wanita Hari Ini (WHI) akan memaparkan topik-topik menarik seperti demonstrasi solekan khas Anime oleh Noor Hayati, iaitu juru solek khas, dekorasi kek ulang tahun TV3 yang bertemakan Anime dan juga perkongsian dari pencinta Cosplay mengenai minat mereka serta penampilan khas pasangan yang memilih konsep Anime sebagai tema persandingan.

 

Kampung Mat Saleh

Kampung Mat Saleh ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Hashim Rejab, dibintangi oleh Aiman Nasir Wynne, dan Nelissa Nizam yang ditayangkan menerusi Slot Sakura, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang.

 

Bukan Hanya Sekadar Cinta

Bukan Hanya Sekadar Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Ismail Izzani, Sofia Dendroff dan Muaz zabir yang ditayangkan menerusi Slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

 

Bunga, Aku Tunggu

Bunga, Aku Tunggu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose yang ditayangkan menerusi Slot Samarinda, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.00 malam.

 

Adnan Runner

Adnan Runner ialah sebuah drama bersiri TV3 arahan Azmi Hatta, dan dibintangi oleh Imran Aqil, Bella Dowanna ,Wanns Ahmad dan Eleen Arisha yang ditayangkan menerusi Slot Lestary, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari https://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.  Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-39 di laman sosial media sepanjang bulan Jun ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Jan 2022

Awas… Diva AA Akan Terus Tegur Jika Ada Isu Babitkan Industri Seni!

Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, akan terus menegur mana-mana pihak yang menimbulkan isu dalam industri seni tempatan. Menurut hos berpengalaman yang dikenali sebagai Diva AA ini, dia geram melihat segelintir individu yang sengaja membuat kontroversi. […]

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

10 Tahun Selesa Dalam Konti, Feeya Lupa Hasrat Jadi Pelakon

Selain bergelar penyampai radio, Feeya juga kini mengusahakan produk kosmetik wanita.

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Gandingan Dengan Zulin Aziz Menjadi, Achey Berjaya Rebut Juara Mingguan Sekali Lagi!

Kali kedua bergelar Juara Mingguan, Achey sekali lagi bawa pulang wang tunai RM 10,000 malam tadi. Tahniah Achey!

Trending Thu, 15 Mar 2018

Let’s Jungle Your School Holiday Up At One Utama Shopping Mall!

School holiday is here, what to do with your kids during this school’s break? One Utama Shopping Mall has the perfect jungle theme indoor playground for adults and kids!

error: Content is protected !!