Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 1, 2023 @ 11:01pm

Bakal Ubat Rindu Peminat, Vokalis D’Masiv Jaga Suara Untuk Persiapan Konsert – “Tak Minum Ais, Tak Jamah Makanan Berminyak! Tapi Saya Tak Tahan Dengan…”

Kumpulan muzik Indonesia, D’Masiv bakal mengadakan konsert dua malam berturut-turut pada 2 dan 3 Jun ini di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut vokalis kumpulan D’Masiv, Rian Ekky Pradipta, kali terakhir mereka datang ke Malaysia adalah untuk mempromosikan runut bunyi Filem Boboiboy The Movie yang berjudul Di Bawah Langit Yang Sama.

“Sudah lama saya tidak datang ke Kuala Lumpur. Untuk pengetahun semua, saya menjaga suara untuk konsert ini. Saya juga sudah tidak minum ais, makan makanan yang berminyak untuk menjaga suara.

“Namun, saya tak boleh menolak nasi kandar, jadi saya dah makan dua kali sejak datang ke Malaysia,” kata Rian.

Rian dan anggota D’Masiv yang lain ditemui di Sidang Media Konsert D’Masiv Road To Kuala Lumpur di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Baru sahaja menggegarkan Johor Bahru di Festival Aku, Muzik & Kamu pada 20 Mei lalu, D’Masiv mengakui ada perbezaan antara persembahan lepas berbanding konsert yang akan berlangsung esok dan lusa ini.

“Sebelum ini, ia festival muzik yang mengumpulkan banyak band. Kami hanya perlu menyanyikan beberapa buah lagu sahaja. Tetapi konsert ini sayang berbeza kerana kami akan menyanyikan 25 buah lagu khas untuk peminat di Malaysia,” kata Rian lagi.

Di sidang media yang berlangsung, D’Masiv sempat membuat persembahan dengan meyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Side By Side dan Merindukanmu.

Konsert yang akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini juga bakal menampilkan bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring dan Is Pusakata dari kumpulan Parade Hujan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Mar 2023

Konsert Moments Of Kerispatih With Sammy Simorangkir Gamit Nostalgia

Kehadiran kugiran popular Indonesia Kerispatih bersama Sammy Simorangkir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu seluruh peminat muzik mereka di Malaysia. Dibawakan oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live, Konsert Moments Of Kerispatih […]

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Rainbow Returns After 3 Years With a Self-Produced Single

Rainbow’s back to spread colour to the K-Pop industry.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

Trending Thu, 5 Mar 2020

[Terkini] Lagi 14 Kes Baru Dilaporkan Di Malaysia, COVID-19 Kini Berada Di Gelombang Kedua

Sejauh manakah tahap kritikal penularan wabak COVID-19 di Malaysia?

error: Content is protected !!