Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 2, 2023 @ 4:03pm

“Selagi Allah Bagi Kudrat & Kemampuan Untuk Beranak, Kita Beranak Ramai-Ramai” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan suami Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz sekali lagi menjadi perhatian apabila tular sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, video berdurasi lebih 1 minit tersebut memaparkan Haris mendedahkan isterinya berkeinginan untuk mempunyai cahaya mata yang ramai.

“Seingatnya ramai lah. Satu ‘team’ bola dia nak.

“Tapi kita pun tak ada terhadkan beberapa anak. Yang mana yang Allah bagi kita terima sahaja.

“Sebab ni, anak ini satu benda yang dekat dengan hati anda dan saya,” kongsi Haris ringkas.

Dalam video sama, Neelofa turut tampil memberikan respons terhadap pendedahan suaminya itu.

Menurut Neelofa, dia sememangnya tidak kisah untuk mempunyai cahaya mata yang ramai selagi berkemampuan.

“Sebenarnya, Pak Ustaz kita ni bertuah. Sebab bini dia memang tak kisah kalau dia ada anak banyak.

“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak, nak mengandung ni dan saya kalau boleh unlimited.

“Selagi Allah bagi kudrat, tenaga dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai tapi yang paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan menjadi anak soleh solehah.

“Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” respons Neelofa.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian comel tersebut telah meraih lebih 56,000 tontonan.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Contest Wed, 2 Oct 2019

xtra好康头 | 送你「云顶星光嘉年华」入门票

xtra好康头 送你「云顶星光嘉年华」入门票,让你在星光下的欢乐时光,度过最美丽的周末。

Trending Wed, 21 Nov 2018

This 12-Year-Old Thai Model is Actually a Boy and People Love Him for His Cross-Dressing

He’s made so much money, he could buy a house for his family too!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Semoga memperoleh umrah yang mabrur…

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Best lagu baru Kaka Azraff!

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Anuar Zain Teringin Rakam Lagu ‘Korean Ballad’

Ada mana-mana komposer berminat tak? Mana tahu korang boleh cuba nasib.

Featured Wed, 13 May 2020
error: Content is protected !!