Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 8, 2023 @ 6:38pm

“Tolak Permintaan Peminat Dengan Adab Supaya Tak Dinilai Buruk” – Siti Nurhaliza

27 tahun berada di persada seni, nama figura sohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal relevan sehingga kini biarpun hampir tiga dekad mencipta fenomena dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa.

Pelbagai onak dan duri sudah direntasi, Siti mengakui antara sumber kekuatan dalam pembabitannya di arena seni adalah peminatnya sendiri.

Menurut Siti, setiap insan yang bergelar selebriti perlu menunjukkan contoh yang baik kepada semua terutama peminat dengan melayani dengan cara yang beradab.

“Kalau boleh kita tolak dengan adab supaya orang tak nilai kita buruk. Saya banyak belajar dari peminat saya juga. Ada masa saya menangis suatu ketika dahulu sebab tak boleh ‘handle’ peminat.

“Kalau kita menolak dengan beradab, mereka juga pasti faham. Cakap baik-baik saja supaya orang tak menilai kita buruk. Saya cuba layan peminat saya sebaiknya, kalau tak mampu juga saya tolak dengan baik,”

“Kita juga manusia, ada hati dan perasaan namun dalam kerjaya kita ini kita meletakkan diri kita ini sebagai orang dikenali yang orang sentiasa lihat dan nilai apa saja tindak balas kita kepada masyarakat.

“Jangan biarkan orang menilai kita sebegitu mudah sekali. Jagalah akhlak, kita manusia biasa, pasti ada buat salah. Saya juga ada kesilapan dan kekurangan tapi peminat kita kena hargai mereka sebaiknya,” kongsi Siti kepada XTRA.

Namun, pelantun lagu Jerat Percintaan itu turut berkongsi pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar dengan cara yang sopan tanpa mengguris hati.

“Saya juga pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar. Ketika itu saya dalam keadaaan tergesa-gesa dan saya maklumkan pada mereka ‘saya minta maaf sangat, saya perlu pergi cepat, ada hal’. Namun, Alhamdulillah mereka sangat memahami.

“Tapi kalau betul-betul relaks, memang saya akan layan peminat saya. Kalau saya jumpa peminat mesti saya fikir mereka datang dari jauh, saya okey sahaja nak bergambar.

“Itu yang terbaik untuk saya lakukan. Nak tak nak kita kena akur, peminat inilah kekuatan kita untuk bertahan selain media,” jelasnya.

Siti berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sikap sesetengah selebriti yang dikatakan sombong terhadap peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Cipta Magis Bakal Sepentas Dengan David Foster – “Saya Tak Akan Sia-Siakan Peluang Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Puji Kemampuan Vokal Ernie Zakri, Doakan Bersinar Dalam Industri Muzik Tempatan & Antarabangsa – “Saya Sangat Kagum…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025

Doktor Kongsi Keadaan Ardell Aryana Selepas Habis Misi Kemanusiaan – “Dia Nyawa-Nyawa Ikan Pun Dia Kata Okay”

Jelasnya, Ardell adalah peserta yang paling teruk diuji dalam misi kali ini kerana keadaan badan Ardell yang asyik kekurangan air, pucat dan tekanan darah yang tidak berapa baik.

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Rakam Semula Lagu Popular SLAM, Zamani Bakal Duet Dengan Penyanyi BBNU

Semua masih dalam perancangan. Antara penyanyi meningkat naik yang disebutkan adalah Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Trending Tue, 5 Jan 2021
Trending Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tony Eusoff Selesa Watak Komedi

Projek Dapat Baby’ mengetengahkan kisah pasangan suami isteri yang gigih mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mendapatkan anak.

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

error: Content is protected !!