Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 8, 2023 @ 6:18pm

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Pelakon, Fatin Afeefa meraih perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan tindakannya yang secara terbuka telah memerli suaminya, Aliff Awang.

Ia berhubung kenyataan Aliff atau lebih mesra disapa Opai yang telah mengkritik pemilik-pemilik kenderaan bukan supercar seperti Honda dan AMG (Mercedez).

“Baru-baru ini, ada satu video viral lelaki ni hina orang bawa kereta Honda, Mustang yang basically memang bukan supercar.

“Pada saya memang tak patutlah, especially apabila merendahkan orang. Kena fikir anak bini… kesian siapa bini dia tu, huh,” kata Fatin dalam video tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, ibu anak dua ini turut memberi pesanan untuk tidak terlalu mendongak ke langit.

“Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun dinajiskannya. Tak apa, geng Honda send me a selfie with your Honda. Fa (Fatin Afeefa) nak belanja 100 box #leanbyfa.

“Lantakkan dia. Kena ingat hidup tak selamanya di atas, bro,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Fatin yang dianggap menyindir suaminya itu.

“Lain level Fatin menganjing suami sendiri. Kesian bini dia tak pasal-pasal,” kata netizen.

“Salute to you Fatin. Hope you stay strong during your stay with him,” ujar netizen lain.

Di akhir video tersebut, Fatin mengambil kesempatan kes tular tersebut dengan membuat promosi berkenaan produknya itu.

Sebelum ini, sebuah video heboh di media sosial memaparkan Opai secara terbuka mengkritik kereta-kereta bukan jenis supercar, sehingga melabel sebagai najis telah meraih pelbagai reaksi netizen.

Namun begitu, Opai telahpun meminta maaf atas tindakannya itu secara umum menerusi platform TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Bawa Najis Dekat Sini!” – Opai Didakwa Hina Orang Bawa Kereta Biasa, Wak Doyok Tak Puas Hati?

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Hina Orang Bawa Kereta Biasa, Opai Tampil Mohon Maaf -“Goyanglah Tu Kena Tegur!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati-Hati Besok Mati…” – Gara-Gara Suami Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa Pula Diserang Netizen?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Oct 2021

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah terkenal, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mamat atau nama penuhnya, Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak. Memetik laporan Utusan, khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, […]

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Featured Tue, 27 Apr 2021

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu. Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar […]

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Siapa Pelakon Sindir Pengacara Wanita Melodi?

Syazwan Zulkifly memuatnaik status yang menyindir dan berunsur kasar sekaligus mengkritik gaya pengacaraan Janna Nick dalam Melodi. Bagaimanapun, pelakon itu tampil memohon maaf

Featured Wed, 25 Jun 2025

Gagal Tahan Sebak, Syed Saddiq Dilepas Bebas Dari 4 Pertuduhan

Syed Saddiq akhirnya bebas dari pertuduhan.

error: Content is protected !!