Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi June 9, 2023 @ 11:13am

Pemain Bola Sepak ‘Belasah’ Teman Wanita Ditahan Polis

Seorang pemain bola sepak tempatan ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel, pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan polis dibuat wanita terbabit pada jam 6 petang.

“Hasil maklumat dan risikan berjaya menahan pemain bola sepak terbabit di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Fakhrudin, kejadin berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan teman lelakinya hingga menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966222.

Terdahulu, media melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan dan masih aktif dengan sebuah pasukan terkenal dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

Cipta Fenomena Berada di Tangga Ke-4, ‘Aku Bukan Ustazah’ Satu-Satunya Drama Melayu Tersenarai Dalam Google Trends 2024!

Aku Bukan Ustazah menduduki tangga keempat dalam carta Top 10 Google Trend 2024 kategori Program TV,

Featured Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Anak Lelaki Eizlan Yusof Kemalangan

Difahamkan, Zareef dalam perjalanan ke lokasi penggambaran Mak Cun di Kuala Selangor.

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Tak Popular? Dafi Okay Jer…

Apa yang lebih penting adalah kekal relevan dalam industri. Saya anggap situasi ini normal sebagai kitaran hidup seorang artis. Kadang-kadang di atas dan bila sampai masa, di akan berada di bawah pula.

Featured Fri, 5 Apr 2024
Featured Fri, 1 Apr 2022

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Sebak pula mendengar pendapat Raihan mengenai isu penyanyi nasyid tersebut..

Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Trending Wed, 28 Jul 2021
error: Content is protected !!