Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 1, 2022 @ 1:23pm

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

“Bersangka baik, moga Allah SWT bimbing dia dan ada yang membantu Yasin,” itulah kata-kata dan doa daripada seorang anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim berhubung kes penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman yang ditahan atas pertuduhan memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya.

Sepanjang perkenalan kumpulan Raihan bersama komposer terkemuka itu, mereka menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang sangat baik dan menyeru agar semua pihak untuk tidak terus menjatuhkan hukuman kepadanya.

“Yasin adalah sahabat kami dan kami sangat mengenali dia.

“Semua orang tahu dia ada penyakit bipolar dan kita tak tahu apa yang dia lalui selama ini, jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum,” kata Abu Bakar.

Namun begitu, Abu Bakar turut menegaskan bahawa pendapatnya berkaitan isu kontroversi yang melanda penyanyi nasyid itu bukan kerana hubungan persahabatan antara mereka.

“Saya cakap begini bukan sebab Yasin sahabat saya tetapi kepada sesiapa pun, kita janganlah cepat membuat tafsiran sendiri.

“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan, begitu juga dia, ada melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan.

“Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang terbaik buat Yasin, anak-anak dan keluarganya,” katanya.

Terdahulu, Yasin yang menghadapi pertuduhan itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di bawah Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen.

“Apa yang paling penting kita doakan ada pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya ini bukanlah satu kes yang biasa,” katanya ketika ditemui media bersama dua lagi anggota Raihan iaitu Che Amran dan Amran pada pelancaran video muzik khas, The Sunnah The Better berkolaborasi dengan penyanyi Alif Satar & The Locos.

Gandingan hebat antara Raihan dan Alif ini bermula semenjak rakaman lagu Sesungguhnya pada 2019 dan Damba Cinta-Mu telah berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar muzik.

Bertemakan The Sunnah The Better, lima buah lagu hits terbaik Raihan dirakam bersama Alif Satar & The Locos iaitu Bismillah, 25 Rasul, Assolatuwassalamm, Rayuan Rindu serta medley Puji-Pujian & Syukur.

Kesemua lagu ini akan dimuat naik di saluran YouTube Alif Satar secara berperingkat pada jam 5 pagi iaitu pada waktu sahur menjelang bulan Ramadan bermula 3 April ini.

Artikel Berkaitan: Kes Ganja: Kirim Salam Pada Syed Saddiq, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Kantoi Ada Ladang Mini! Artis Nasyid Ditahan Miliki 17 Pasu Pokok Ganja, Dipercayai Menagih Semenjak 10 Tahun Lalu

Artikel Berkaitan: Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jun 2026

Hannah Delisha Kongsi Detik Keguguran, Doktor Maklum Degupan Jantung Baby Tak Ada – “Masa Tu Kandungan Baru Nak Masuk Second Trimester”

Hannah Delisha berkongsi kehilangan bayinya akibat keguguran ketika usia kandungan mencecah 12 minggu.

Trending Wed, 29 Nov 2017

We Care Journey Beramal Sambil Membeli-Belah

We Care Journey membantu kanak-kanak menghidap penyakit ‘Spinal Muscular Atrophy’ (SMA) pada anda yang membeli-belah bolehlah beramal sekali

Events Tue, 27 Aug 2019

Sanitary Pad Meets Fashion: KOTEX® Batik Collection Stole the Show at KL Fashion Week

Kotex® empowers female artisans from Batik Boutique and up-and-coming designer, Seza Zulkeple, to bring collection to life at KLFW

LIFESTYLE Wed, 11 Jul 2018

Susah Bangun Pagi? Aplikasi Loceng Ini Boleh Bantu Anda!

Selama ni anda selalu snooze kan alarm bila tiba je waktu bangun kan? Bila dah terlambat, anda salahkan jam loceng pula. Cuba muat turun aplikasi ‘annoying’ ini, mesti dah tak lambat lagi!

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Fathia Latiff Pilih Jadi Pengkid?

Kalau ada tawaran Fathia sedia terima!

Events Fri, 27 Apr 2018

KL Jamm Tumpuan Buat Peminat Muzik Antarabangsa

Platform yang bakal menghimpunkan penggiat seni dari seluruh dunia satu festival muzik bertaraf antarabangsa bakal diadakan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Jamm

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Isteri Baim Wong Hamil Anak Pertama?

Doakan ya semoga impian untuk melihat Bapau (gabungan Baim dan Paula) junior terlaksana.

error: Content is protected !!