Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Maya Basir June 10, 2023 @ 4:35pm

“Lepas Dapat Tahu, Dia Nekad Nak Jumpa…” – Teman Wanita Dipukul, Dicekik Pemain Bola Sepak Gara-Gara…

Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didakwa memukul kekasihnya dipercayai berpunca daripada hasratnya ingin bertunang dengan wanita lain dalam waktu terdekat.

Memetik laporan Harian Metro, sumber memberitahu kekasih pemain bola sepak bertemu dengan lelaki tersebut di sebuah hotel sebaik sahaja mengetahui perkara itu sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Difahamkan, wanita terbabit cuba untuk memujuk pemain bola sepak itu namun lelaki itu bertindak kasar sehingga memukul, mencekik, mengiggit lengan sebelum mencampaknya ke lantai.

“Selepas mengetahui pemain bola sepak itu sebenarnya mahu bertunang dengan individu lain, wanita berkenaan nekad mahu berjumpa untuk berbincang kerana sebelum ini lelaki itu tidak pernah memberitahu bahawa dia mahu bertunang.

“Pemain bola sepak berkenaan mengenali wanita itu ketika berpindah ke pasukan baharu dan sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Kerana sering diperlakukan seperti itu, kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

Perbuatan tersebut menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di hospital swasta di Petaling Jaya.

Susulan itu, pemain bola sepak berusia 31 tahun itu ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan pada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan jam 6 petang pada Khamis sebelum mengambil tindakan susulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak ‘Belasah’ Teman Wanita Ditahan Polis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Mungkin Shuib dan Dol’s podcast boleh ambil input dari pandangan netizen ni

Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

Trending Fri, 24 Nov 2017

RM600 Makan Kari Kepala Ikan Apa Yang Mahal Sangat

Biar betul apa yang dimakan sampai RM 600 , katanya lauk di pinggan yang diambil tu banyak

Featured Sat, 29 Jun 2024

“Dulu Tak Ada Masa Nak Rileks” – Caprice Dedah Pernah Bergantung Pada Ubat Tidur, Hidup Berubah Selepas Ada Anak

Wow, betullah tu bila orang kata anak adalah segala-galanya bagi parents😍🥰

error: Content is protected !!