Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 14, 2023 @ 7:36pm

“Dulu Saya Benci Perpisahan & Takut Untuk Melepaskan” – Puteri Sarah Liyana

Umum mengetahui rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir apabila pengarah sensasi itu menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Ia susulan mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga Selesai, Puteri Sarah Luah Kelegaan

Terkini, Sarah menerusi hantaran di Instagram (IG) membuat satu perkongsian mengenai status dirinya yang kini sudah berpisah dengan Syamsul.

Dalam hantaran tersebut, Sarah menulis bahawa sebelum ini dia sangat membenci sebuah perhubungan yang berakhir dengan perpisahan.

“Lepaskan. Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.

“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.

“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni – takut akan segalanya,” tulisnya.

Tambah pelakon drama Suri Hati itu lagi, dia mengakui sesebuah perpisahan itu berakhir dengan sebab dan segala yang terjadi semua di atas ketentuan Yang Maha Esa.

“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan.

“Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan. Kamu tahu melepaskan itu indah.

“Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu,” ungkapnya.

Mengakhiri tulisan tersebut, Sarah mempercayai bahawa ada sesuatu yang baik akan tiba dan hanya bersabar dalam setiap dugaan tersebut.

“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran , ada hal yang indah yang menantimu,” tutupnya positif.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 14 Aug 2019

Peminat #ICSYVMY, Jangan Lupa Hantar Penyertaan Korang Dan Menang Wang Tunai RM2K!

Jangan lupa sertai peraduan di www. xtra.com.my/mentormilenia

Trending Mon, 16 Sep 2019

Bayi Malang Meninggal Dunia Berpunca Daripada Jerebu

Salam takziah buat adik comel ini. Bahaya juga jerebu ni

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Isu Lantang Bersuara, Nora Danish Tak Mahu Memandai-Mandai – “Bila Kena Pada Diri Sendiri Baru Tahu”

Setuju dengan Nora! Satu jari tuding dekat orang, empat jari lagi menuding pada kita

Featured Thu, 2 Mar 2023

[VIDEO] “Saya Tak Peduli Siapa Yang Saya Hilang Asalkan…” – Kapsyen Bella Astilah Curi Perhatian

Kenapa Bella makin kurus ni? Min harap Bella baik baik saja 💕❤️

Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Wed, 31 Jul 2024
error: Content is protected !!