Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 15, 2023 @ 8:10pm

[VIDEO] Pengurus Kongsi Kisah Melayan Peminat Siti Nurhaliza – “Kita Berusaha Untuk Jaga Hati Semua Tapi Kadang…”

Pengurus kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkongsi pengalamannya bersama peminat-peminat pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Rozi berkata sebagai pengurus artis dia berusaha untuk menjaga hati semua peminat selebriti nombor satu Malaysia itu.

“Kami berusaha untuk menjaga hati semua orang tapi kadang kala ada juga terlepas pandang peminat.. Tapi bila memang tengah rush, kita cuba untuk elak selfie sebalik ambil gambar ramai-ramai.

“Pernah satu ketika ketika berada di lapangan terbang. Siti memang tengah mengejar flight dan rushing. Ayat dia (Siti), ‘Ambil video saya saja boleh sebab saya memang kena jalan terus (gerak) nak kejar flight’,” ceritanya.

Sementara itu, Rozi berpendapat bahawa tidak salah sekiranya selebriti atau seorang public figure ini untuk meluangkan masa bersama peminat kerana mereka adalah penyokong .

“Saya faham ada waktu artis kita penat dan letih, jadi kita sebagai pengurus kena bagi tahu artis kita untuk berehat dahulu.

“Macam cara saya lebih kepada toleransi dan tengok keadaan. Seandainya keadaan itu memaksa, contoh berhimpit memang saya terpaksa bawa artis saya pergi demi menjaga keselamatannya.

“Tetapi kalau keadaan terkawal, ok saja tiada sebarang masalah,” tuturnya lagi.

@mingguanwanita Tanpa peminat siapalah artis. Kak Rozi kongsi kisah melayan peminat Tok Ti. #sitizoners #sitinurhaliza #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Rozi sebagai seorang pengurus yang sangat lemah lembut dalam berbicara serta bijak mengurus.

Kredit: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Featured Wed, 31 May 2023
Featured Thu, 25 May 2023

[VIDEO] Shila Amzah Nafi Putus Cinta Bersama Ubai – “Kami Okay, Cuma Saya Saja..”

Segala spekulasi telahpun terlerai. Doakan yang baik baik buat pasangan kekasih, Shila & Ubai ok! ❤️❤️

Featured Tue, 15 Apr 2025

“Katanya Suara Saya Serak Tapi Boleh Nyanyi Nada Tinggi” – Ramli Sarip Kenang Momen Pertama Bersama Tun Abdullah

Pengalaman pertama bersama mantan perdana menteri ke-5 itu adalah semasa beliau menonton persembahannya menyanyikan lagu Hilang Dalam Gelap, Terbitlah Terang.

Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Fri, 14 Nov 2025
Featured Mon, 30 Jun 2025

“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

Mereka suami isteri cuma mahu menegakkan hak mereka sebagai pemegang dan pemilik lagu-lagu kumpulan itu.

error: Content is protected !!