Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 16, 2023 @ 7:03pm

“Ada Bukti Dia Ada Lelaki Lain & Buat Perkara Tak Bermoral” – Dakwa Isteri Curang! Afiq Muiz Fail Nusyuz

Pelakon Afiq Muiz tekad membuat tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Pachara Apin atas dakwaan berlaku curang.

Memetik laporan mStar, dia berbuat sedemikian kerana dia mempunyai bukti yang kukuh mendakwa Pachara melakukan perkara tidak bermoral dengan lelaki lain.

“Saya akan failkan nusyuz terhadap Pachara sebab ada bukti dia ada lelaki lain dan melakukan perkara tidak bermoral,” jelasnya.

Afiq membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari untuk prosiding kes fasakh yang difailkan isterinya sebelum ini semalam.

Namun begitu, Pachara atau Nur Aaira Mahadeya menafikan tuduhan yang dibuat oleh suaminya itu.

“Terus terang saya nak tergelak bila dapat tahu mengenai perkara ini.

“Saya terkejut juga, biasalah saya memang ada ramai kawan lelaki dan dakwaan dibuat adalah tidak benar.

“Kalau saya nak ulas perkara ini boleh tapi saya diminta untuk tidak bercakap apa-apa mengenainya,” ujarnya.

Susulan itu, kes tuntutan nusyuz ini akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang pada 4 Julai ini.

Artikel Berkaitan: “Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Artikel Berkaitan: Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Artikel Berkaitan: Terkejut Dilabel Lelaki Dayus, Afiq Muiz Dedah Isteri Berlaku Curang – ” Dia Yang Macam S*ndal, Keluar Dengan Jantan Balik Rumah Mabuk!”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jan 2023

“Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Jika saya berniat cederakan Bella, tak mungkin saya akan cuba sembuhkan – Siti Bainun

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Featured Tue, 1 Oct 2024

“Per*gol Adalah Per*gol! B*doh Sangat Kepala Otak Korang Ni Kan” – Tiz Zaqyah Berang Ada Pihak Tak Sensitif Isu R*gol

Haih,berat ek isu ni! Pokok pangkalnya sekrang ni kita semua kena take care each other😡🔥

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

Ziarah Makam Nabi Muhammad, Netizen Sebak Dengar Pesanan Alif Teega Buat Anak

Pesanan personaliti media sosial, Alif Teega kepada anak perempuannya, Khadeejah Hijanah ketika menziarahi makam baginda Rasulullah mengundang hiba netizen. Lebih mencuri perhatian, pesanan yang dititipkan oleh Alif buat Khadeejah di ruangan kapsyen seakan-akan amanat terakhirnya […]

error: Content is protected !!