Hiburan By: Khairil Khusyairi June 16, 2023 @ 8:25pm

Cerita ‘Dalam Kain’ & Gosip Kahwin Sebagai Promosi Filem? AR Badul Tampil Perjelas – “Judul Asal Filem Adalah Br* Merah Tapi…”

Pelakon dan pengarah veteran AR Badul, tampil menjelaskan jalan cerita asal filem arahannya, Vik2ria Secret yang memaparkan kisah rahsia wanita atau cerita ‘dalam kain’.

Jelas Badul, karyanya itu jelas memaparkan sesuatu yang berani dan akur apabila ada babak yang terpaksa dipotong agar bersesuaian dengan penonton tempatan.

“Pada asalnya ia memang cerita panas dan ‘daring’ sebab memaparkan cerita ‘dalam kain’ tapi macam ke arah Hollywood pula. Jadi saya ‘lembutkan’ sedikit penyampaiannya supaya tidak dikecam.

“Setakat ini kalau mereka mahu kecam, ia cuma dalam peratusan yang sedikit saja. Kita tak berlebihan sangat kerana perkara tersebut telah diamati oleh pihak produser dan dah ditegur serta dikurangkan.

“Sebagai orang Islam ada perkara yang tidak boleh dilakukan. Kita kena ikut undang-undang, agama dan cara tempatan,” jelas Badul kepada XTRA pada malam gala tayangan filem Vik2ria Secret, baru-baru ini.

Bagi Badul, dia mengakui tidak tahu apa sebenarnya kemahuan penonton.

“Pada saya, saya juga tak tahu apa yang penonton mahukan.

“Sebab cerita ‘dalam kain’ pun ada yang tonton. Kita ada batas, kalau kita lihat karya yang bagus lain tak ada pun kisah ‘dalam kain’.

“Kita cuma tumpu kepada penceritaan sahaja. Kalau mahu tengok, tonton saja lah,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai gosip kahwin bersama pelakon arahannya, Annie Ariffin, adalah satu promosi bagi melariskan filemnya, Badul berkata ia adalah realiti sebenar.

“Saya rasa penonton kita tak bodoh begitu. Inilah realiti sebenar,” katanya ringkas

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sudah Bernikah Dengan Pelakon Utama Filem Arahannya, AR Badul Tampil Perjelas – “Saya Sudah 73 Tahun…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip Sudah Berkahwin Dengan AR Badul, Annie Ariffin Tampil Dedah Bukti – “Aku Dah Malu Sebab Dia Macam…”

Menurut Penerbit filem Vik2ria Secret, Richard Ung berkata, judul asal filem itu adalah ‘Bra Merah’ namun ia ditukar kerana dianggap kurang sesuai.

“Idea untuk buat filem ini adalah datang dari kawan saya iaitu bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Namun apabila kami usulkan, pihak Finas nasihatkan bahawa judul ini kurang sopan  jadi kami terpaksa tukar dan kami pilih Vik2toria Secret,” kongsinya.

Lebih panas, Vik2toria Secret turut menggunakan perkataan kasar  ‘sial’.

Kata Richard, filem terbitannya itu pada mulanya dihasilkan untuk siaran di platform Over The Top (OTT).

“Pada mulanya filem ini saya mahu tayangkan di platform OTT di bawah naungan saya, My Wayang tapi kos sangat besar.

“Jadi sekarang saya masih usahakan untuk selesaikannya. Malah potongan babak juga sudah dibuat agar ia dapat ditayangkan,” tambahnya.

Filem Vik2ria Secret yang sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara menampilkan barisan pelakon seperti, AR Badul, Ropie, Annie Arifin, Man Raja Lawak, Fiza Halim dan ramai lagi

Terdahulu, nama AR Badul kecoh di media sosial apabila didakwa sudah bernikah dengan pelakon utama filem arahannya iaitu Annie Ariffin, namun Badul menafikan dakwaan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Nabil Nak Bina Rumah Dekat Kubur?

Dijadikan rumah persinggahan keluarga

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Sweetnya…Wawa Zainal Hadiahkan Suami Kereta Mewah

Pelakon berusia 27 tahun itu memberi kejutan kepada suami tersayang sebagai tanda membalas kejutan yang diberikan sebelum ini.

Trending Sun, 11 Jul 2021

Isyariana Tampil Dengan Bisik Hati

Pemenang Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2020, Isyariana mengorak langkah tahun ini dengan mengeluarkan single solo pertamanya berjudul Bisik Hati. Lagu ini telah pun dilancarkan pada 6 Jun 2021 lalu di laman […]

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Trending Fri, 12 Jun 2020
Featured Fri, 24 Mar 2023

Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

‘Saya tak nak berdamai. Enough is enough!’ – Puteri Sarah.. Apapun min doakan moga segalanya dipermudahkan ya 😢❤️

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Isu Putus Cinta…Ini Jawab Mimi Lana

Bagi pelakon Mimi Lana, dia lebih selesa ‘tertutup’ dan tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadi.