Hiburan By: Khairil Khusyairi June 19, 2023 @ 4:27pm

“Doktor Maklum Jantung Rohana Jalil Boleh Berhenti Bila-Bila Masa” – Pengurus

Keadaan terkini penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan lemah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut laporan mStar, keadaan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, kini semakin lemah namun masih stabil selepas menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut, sejak April lalu.

“Keadaan dia sangat lemah tetapi masih stabil. Kebocoran usus yang dialaminya masih belum sembuh lagi.

“Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.

“Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu,” kata pengurus Rohana yang dikenali sebagai Jepun.

Tambah Jepun, dia memaklumkan juara Bintang RTM 1980 itu tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) lagi dan doktor memberitahu jantung Rohana berpotensi berhenti pada bila-bila masa.

“Dia sudah tidak boleh dirawat di ICU kerana penggunaan mesin-mesin rawatan semuanya tidak lagi memberi kesan terhadapnya.

“Disebabkan usus telah bocor, kuman-kuman semua telah menyerang ke organ-organ seperti paru-paru dan buah pinggang.

“Apabila kuman dah merebak ke organ utama, doktor berkata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa kerana dia pun sudah tidak kuat untuk melawan penyakitnya itu,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Rohana Jalil Nyanyi Sambil Duduk Dengan Jaafar Onn, Netizen Komen: “Masa Ni Nampak Sedang Menahan Kesakitan”

Dalam pada itu, Jepun turut berkongsi punca sebenar masalah yang dialami Rohana kini disebabkan pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat gastrik.

Pembedahan tersebut dibuat atas khidmat nasihat daripada doktor namun keadaan semakin rumit apabila ia memberi kesan kepada usus.

“Doktor mencadangkan agar Rohana melakukan pembedahan bariatrik dan katanya dengan melakukan prosedur ini dapat menghilangkan sakit gastriknya.

“Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembedahan itu.

“Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merahan tapi doktor tidak memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jepun meluahkan rasa kesal apabila pihak hospital tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka.

“Pihak hospital memberikan ubat antibiotik dan katanya Rohana akan sembuh. Sebagai pesakit, kami percaya dengan nasihat doktor itu dan ikut saja seperti yang disarankan.

“Tetapi sebenarnya ia langsung tidak membantu. Sepatutnya dia sebagai pakar perut menasihatkan kami untuk merujuk kepada doktor pakar.

“Namun, dia ambil tindakan sendiri dan meneruskan dengan rawatan susulan yang mana tidak juga memberikan kesembuhan kepada Rohana,” jelasnya.

Kini, Rohana dibenarkan menerima pelawat selepas mendapati keadaan Rohana yang semakin tenat.

April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus perut. Perkara tersebut disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Kilafairy.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

KONSEP FAIRYTALE DI MAJLIS RESEPSI FATTAH-FAZURA

Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz memberitahu beliau dan suami perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi.

Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak

Selebriti Wed, 20 Apr 2022

Setahun Fokus Jaga Anak, Faye Kusairi Kembali Aktif Berlakon

Faye kembali aktif berlakon tahun ini

Hiburan Mon, 26 Jun 2023

“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Ehhhh, ghisau! 🤣 Leona cari boyfriend tu guys boleh la cuba apply 😜

Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Trending Mon, 20 Aug 2018

Media Prima Berhad Raih Anugerah Spark 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sekali lagi meraih Anugerah Spark 2018 sekaligus mendapat kepujian antara Syarikat Media Terbaik Asia Tenggara