Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 19, 2023 @ 8:01pm

“Real Comeback Is Possible” – Kalau Dulu Gagal Dengan 9%, Akhirnya Result Dapat 7A! MK Suntik Semangat Pelajar Cemerlang SPM 2022!

Menjadikan statusnya sebagai figura awam untuk menyebarkan elemen positif terhadap orang ramai, penyanyi MK K-Clique, 27, sering berpesan kepada peminat, khususnya kepada golongan remaja untuk mengutamakan pelajaran.

Terbaharu, MK menyuntik semangat kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Nur Aisyah Muhamad Azuan yang memperoleh gred A- (Cemerlang) bagi subjek Kimia yang mana sebelumnya pada peperiksaan akhir hanya mendapat 9 peratus.

Menurut pelantun lagu Payung Pelangi ini, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI. Difahamkan pada peperiksaan akhir subjek Kimia, Aisyah gagal.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan. Real comeback is possible

“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.

Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi matapelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.

Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.

MK juga berkongsi, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif dsripada PTTI dengan menghubungi mereka secara DM di Instagram.

Terdahulu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.

Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Aug 2025

Hidung Mancung Jadi Tumpuan, Kejelitaan Ezzanie Jasny Raih Perhatian Warganet

Netizen pertikai hidung Ezzanie Jasny original atau tidak

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Featured Wed, 16 Nov 2022
Featured Thu, 29 Jul 2021

“Ini Bukan Caranya, Sekarang Allah Juga Boleh Kasi Lu Susah..”- Ramai Selebriti Buka Mulut Isu Carl Samsuddin

Isu melibatkan usahawan muda, Carl Samsuddin yang bersikap biadap terhadap warga emas ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit menimbulkan kemarahan orang ramai. Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada […]

Featured Mon, 22 Jun 2026

Dihentam Ombak Kuat, Space Dollah Hampir M*ti Lemas Di Bali – “Ketika Itu Saya Mengucap Banyak-Banyak”

Space Dollah mendedahkan detik cemas apabila dia hampir kehilangan nyawanya.

Events Thu, 6 Jun 2019

《守百年之约》造势活动千人捧场!场面声势浩大

八度空间《守百年之约》造势活动,吸引约千人到场支持,场面声势浩大,足见《守百年之约》的热播效应持续发酵,追剧狂潮强烈席卷全城!

Featured Fri, 10 Jun 2022

Thailand Mula Benarkan Tanam Pokok Ganja Di Rumah, Namun…

Kalau Malaysia ‘halalkan’ tanam ganja macam Thailand, apa pendapat korang? 🤔

error: Content is protected !!