Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 20, 2023 @ 12:46pm

[VIDEO] Dikecam Kongsi Video Ketika Bulan Madu Bersama Anjing, Janna Nick Minta Netizen Tidak Buat Andaian

Pasangan pelakon sensasi yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga, Janna Nick dan Dini Schatzmann baru sahaja berbulan madu di sebuah resort di Thailand.

Namun, sebuah hantaran terbaru di Instagram milik Janna telah mendapat kecaman netizen.

Hantaran berbentuk video itu dikecam kerana ia memaparkan aksi Janna sedang beriadah di pantai dan diekori oleh seekor anjing.

“Sama je macam @dinischatzmann semua tempat dia nak ikut,” tulis Janna di kapsyen.

Menerusi video tersebut, anjing itu hanya mengikut sahaja ke mana Janna berada dan mengundang rasa tidak senang hati netizen.

“So, why must you have a dog next to you? What is the purpose? You can’t have a cat? You are giving the wrong message to the netizen. It’s best to bring down this video for the sake of Allah.

“Cakap apa pun anjing tetap haram dipelihara sebagai peliharaan. Hukum tetap hukum. Cover line macam mana pun tak boleh,” tulis netizen.

Kecaman tersebut telah dibalas oleh Janna yang menjelaskan anjing itu hanyalah haiwan berkeliaran di kawasan terbabit dan ia mahukan perhatian serta meminta agar netizen tidak membuat andaian sendiri.

“Tak ada siapa yang bela / sentuh/ belai anjing tu. Dia memang ada kat situ. Comel dan nak kan perhatian. After that I bagi dia makan. Tu je. jangan buat andaian sendiri sampai memfitnah. Saya upload sebab anjing tu baik dan comel. Nak bela tak boleh so record simpan buat kenangan,” tulis Janna bagi membalas komen netizen.

Namun, terdapat juga netizen yang menyebelahi Janna kerana menerusi video itu Janna tidak menyentuh dan anjing itu hanya mengikutnya sepanjang berada di kawasan tersebut.

“Jangan risau guys, a dog pun tau Janna Islam dan takkan sentuh, Janna & Dini tengah honeymoon.

“Anjing duduk tepi salah, haram yang hangpa keluar dating pegang sini sana, peluk, cium sini sana tu apa? Halal? Anjing lagi bagus.

“Kasih sayang Allah tu luas. Even it was a dog but still know how to treat human being that full of love,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Protege Siapakah Yang Paling Otai?

Program realiti Mentor Otai ini telah pun memulakan konsert pertamanya dengan menampilkan nyanyian yang cukup mantap daripada protege masing-masing

Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Anggi Marito Akui Persaingan Sengit Di Indonesia – “Setiap Hari Muncul Berpuluh Penyanyi Baru”

Anggi Marito akui sukar kekal nama di Indonesia, fokus buat lagu

Trending Wed, 30 Oct 2019

Nenek 67 tahun berjaya lahirkan anak, apakah nasib bayi ini?

Wanita ini berjaya dapatkan zuriat tanpa IVF.

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

JONGHYUN IS ‘SHININ’ IN POSTHUMOUS ALBUM ‘POET | ARTIST’

The last album by SHINee’s Jonghyun has been revealed and ‘Shinin’ MV is out today! Click in to view more info!

Featured Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Thu, 18 Oct 2018
Featured Mon, 9 Dec 2024
error: Content is protected !!