Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 22, 2018 @ 11:03am

Protege Siapakah Yang Paling Otai?

Program realiti Mentor Otai ini telah pun memulakan konsert pertamanya dengan menampilkan nyanyian yang cukup mantap daripada protege masing-masing. 

Mentor yang terdiri daripada Misha Omar, Zarul (Umbrella), Siti Sarah dan Tam Spider ini telahpun memilih siapakah para protege mereka yang bakal berentap diatas pentas Mentor Otai pada minggu pertama ini. Bagi Mentor, bukanlah rupa yang mereka cari tetapi, connection antara protege dan Mentor itu yang boleh menarik perhatian mereka.

Konsert pengenalan Mentor Otai kali ini memulakan tirai dengan persembahan dari Azran iaitu protege bagi mentor Misha Omar. Di ikuti oleh persembahan daripada protege Zarul Umbrella iaitu Lokman. Kedua-dua protege ini dilihat sangat selesa menyanyikan lagu pilihan mereka pada konsert pengenalan kali ini. Tapi adakah kedua-duanya layak untuk ke konsert seterusnya?

Manakala, protege Tam nampaknya mendapat perhatian bukan sahaja tampil dengan gaya otai yang ditunjukkan, tetapi pemilihan lagu dilihat bersesuaian dengan suara Aj. Konsert diteruskan lagi dengan persembahan daripada protege Siti Sarah, Alina yang kelihatannya sangat memukau dengan suara yang dimiliki beliau.

So, kepada korang yang ingin mengikuti konsert Mentor Otai pada 25 Mac ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau boleh menonton secara siaran HD melalui tonton.com.my

Dan, sekiranya anda mempunyai protege pilihan yang berjaya memukau anda dengan suara mereka, bolehlah undi melalui atas talian di www.xtra.com.my kerana 30 peratus jumlah undian anda dikira melalui portal kami. 

Jangan ketinggalan menyaksikan Konsert Mentor Otai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2024

Platform Martabatkan Semula Muzik Rock Tanah Air, Konsert Rock Kapak 2 Bakal Gegar Panggung Asia Kuala Lumpur

Band-band rock Malaysia yang bakal beraksi adalah Gamma, Gravity dan RockapaK Band termasuk penampilan istimewa Amir SYJ/SOFEA serta Joe Rockers.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

权玄彬爆退出「JBJ宣布解散」4月终止活动

韩国男子团体JBJ由选秀节目《PRODUCE 101》第二季成员组合而成;外界原本传他们打算续约延长活动时间,怎料,14日下午权玄彬宣布离开,团体JBJ也确定「活动只到4月终止」,限定团体即将解散。

Selebriti Tue, 26 Mar 2024

Isu Artis Veteran Pukul Abang Ipar, Pengurus Sahkan Shidee Direman Polis… Kes Masih Dalam Siasatan

Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan – Pengurus

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Mon, 25 Aug 2025
error: Content is protected !!