Euforia Bola 2026
FESYEN By: Atiqah Johari June 21, 2023 @ 6:07pm

Selepas Kejayaan Pertama, Buttonscarves Tampil Dengan Koleksi The Nada 2.0 Series Kolaborasi Bersama Indah Nada Puspita

Selepas debut pertama Siri Nada pada tahun 2021, Buttonscarves sekali lagi kembali bekerjasama dengan selebriti Indonesia, Indah Nada Puspita menerusi koleksi The Nada 2.0 Series.

Untuk koleksi terbaharu ini, Buttonscarves berkonsepkan muzik dan bunga-bungaan untuk The Nada 2.0 Series dengan menggunakan warna lembut bagi menyerlahkan gaya si pemakai.

“Motif dari Nada Series ini terdiri dari elemen-elemen muzik seperti not lagu dengan motif floral dan tentu sahaja ditambah khas dengan monogram B.

“Kami tidak lari dengan motif floral yang pelbagai kerana disitulah lambang wanita yang sememangnya gemarkan bunga-bungaan namun masih menepati cita rasa pelanggan setia kami,” kata Sharifah Itasha selepas majlis pelancaran The Nada 2.0 Series di kafe Locarasa, Bamboo Hills Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, karakter ayu dan manis Indah Nada Puspita itu sendiri sebagai refleksi kepada gaya gadis Asia yang menonjolkan kesopanan.

Menurut Pengurus Buttonscarves Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullail, nama koleksi ini juga diambil daripada nama Indah Nada Puspita iaitu Nada yang bermaksud bunyi atau irama dalam bahasa Indonesia manakala membawa maka bermurah hati dalam bahasa Arab.

Lebih menarik, majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Mira Filzah, Shaza Bae, Rico Rinaldi, rakan media, rakan usahawan dan ramai lagi.

Untuk makluman, The Nada 2.0 Series didatangkan dengan tiga gaya tudung berbeza iaitu voile square, satin square dan satin shawl yang memiliki 13 warna menarik di mana dua daripada warna tersebut eksklusif untuk peminat di Malaysia iaitu Cello dan Clarinet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 15 Dec 2018

Selamat Tinggal Zaman Bujang, Kaka Azraff Kini Isteri Orang!

Persahabatan yang akhirnya menyatukan hati mereka untuk sehidup semati.

Featured Mon, 5 Dec 2022
Trending Fri, 28 Jan 2022

“Hadiah Anniversary Sampai Lambat” – Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Ayda Jebat & Nabil Mahir Beli Banglo 3 Tingkat

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1 Januari lalu. Bersempena tanda ingatan menyambut hari bahagia, Ayda dan Nabil membeli banglo tiga tingkat sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. […]

Hiburan Sun, 5 May 2024

Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!

Featured Tue, 19 Jul 2022

Berniqab Bukan ‘Penghalang’, Neelofa Syukur Ada Jenama Sudi Bekerjasama.. Terharu Ramai Lebih Terbuka

Wahhh, Alhamdulillah murah rezeki Lofa 🥰🤩 Tak dinafikan Lofa sering menampilkan fesyen dan gaya yang onz kann 🤩😍

Featured Mon, 5 Dec 2022
Trending Mon, 21 May 2018
error: Content is protected !!